Jelas Yin Huah, beliau percaya Mahathir tidak akan berdepan masalah untuk memimpin negara berdasarkan pengalaman selama lebih 20 tahun Mahathir sebagai perdana menteri sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Vincent Lau menggesa kerajaan supaya segera mengiktiraf UEC.

“Kami sedia berbincang dengan pihak berkenaan tentang isu pengiktirafan UEC, peruntukan sistematik kepada sekolah Cina serta masalah lain melibatkan sekolah aliran ini,” katanya.

Manakala Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) dalam satu kenyataan, menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu bagi mewujudkan suasana mesra perniagaan, mengurangkan kos niaga serta merancakkan kemajuan ekonomi di negara ini.

"Kami percaya kerajaan akan melaksanakan lebih banyak dasar terbuka dan adil yang akan memberi manfaat kepada rakyat pelbagai kaum," katanya. (SH)