Thursday, May 17, 2018

DSAI: "Enough is enough"




AL-HAMDULILLAH. Dan Alhamdulillah. Dan sekali lagi Alhamdulillah! Junjung kasih KDYM SPB Yang Di-Pertuan Agong.
Dengan perkenan Seri Paduka Baginda, DS Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tahanan dan mendapat pengampunan penuh daripada pelbagai jenayah jelik yang ditempelkan ke atas beliau dengan tidak sebenar.
Dakwaan jenayah-jenayah yang menjadi pertuduhan ke atas beliau tidak langsung mempunyai asas di dalam Perundangan Syariah. Inilah yang ditegaskan oleh Para Ulama di dalam negara dan di luar negara sejak daripada tahun 1999 dan konsisten sehinggalah pada hari ini.
Pertuduhan-pertuduhan yang jelik itu hanya bermotifkan politikbankrupt yang hilang jiwa, sehingga sanggup menghapuskan persaingan dengan cara sekejam-kejamnya yang tidak dapat diterima oleh neraca agama, akal dan hati budi.
Pengampunan penuh itu sangat-sangat dialu-alukan bagi insan yang sememangnya tidak punyai salah. Yang telah dizalimi secara salah oleh sistem politik dan perundangan negara kita.
"Enough is enough".
Kita berharap tiada lagi kekejaman politik yang menyasarkan kehormatan seseorang tokoh seperti itu sehingga telah tercoret sebagai sejarah hitam yang kelam sepanjang 20 tahun sejarah politik negara kita.
Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang sebesar-besarnya ke atas kesabaran, kecekalan dan ketabahan beliau dan keluarga dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang sangat sukar untuk digambarkan dengan perkataan dan susunan bicara.
Selamat menyambut Ramadan kepada Datuk Seri sekeluarga. Dan selamat terus berjuang demi agama, rakyat dan negara. 
ZAKARIA ISMAIL  
1 Ramadhan 1439 H - HARAKAHDAILY 17/5/2018

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails