Friday, May 18, 2018

Rakyat Saman K'jaan Jepun, Kerana Disuruh Mandul..



TINDAKAN kerajaan Jepun memaksa tiga individu di negara itu untuk memandulkan diri dibantah oleh rakyatnya malah mereka turut menyaman pihak kerajaan.


Lapor akhbar tempatan, kerajaan Jepun berbuat demikian berdasarkan kepada undang-undang eugenik negara itu yang bertujuan untuk memperbaiki keturunan.
Bagaimanapun, peraturan tersebut sudah tidak dipakai lagi di negara matahari terbit itu. Tindakan undang-undang yang diambil mangsa dengan saman difailkan di Tokyo dan beberapa tempat lain di Jepun.
“Saya berani ke depan dengan harapan lebih ramai mangsa lain yang derita sejak berdekad lama, akan berani bersuara dan bangkit bersama saya menuntut keadilan,”kata seorang mangsa iaitu Saburo Kita.
Dia telah dimandulkan ketika usia remaja lagi. Selepas berkahwin, dia tidak sanggup memberitahu isterinya sehinggalah isterinya meninggal dunia pada 2013.
Menurut penguamnya, Kita telah menuntut pampasan sebanyak 30 juta yen (RM1 juta) daripada kerajaan.
Dua lagi mangsa masing-masing dari wilayah Sendai dan utara Hokkaido akan memfailkan saman hari ini.
Kerajaan Jepun bertindak sedemikian atas sebab menjaga negara dan rakyatnya ke arah lebih baik berpandukan undang-undang eugenik Jepun.
Terdahulu, sebahagian pesakit kusta juga dipaksa menggugurkan kandungan kerana polisi yang tidak membenarkan mereka mempunyai anak.
Sejak 2005, sebuah mahkamah di Jepun buat pertama kali mengarahkan kerajaan bayar pampasan kepada seorang individu penghidap kusta yang terjejas dengan undang-undang itu. (IH)
*Video sekadar hiasan…

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails