KOTA BHARU – Pas mengucapkan tahniah kepada Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan baharu, semalam.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mudah-mudahan beliau mampu menjalankan tugas yang agak berat itu dengan sebaik-baiknya dalam mempertahankan negara.
“Selama ini dalam ceramah beliau menyebut, kekuatan tenaga polis dan tentera adalah untuk mempertahankan negara dan bukannya pertahankan parti politik. Sekarang dia kena buktikan,” katanya kepada media, hari ini.
Tuan Ibrahim mengingatkan Mohamad Sabu supaya berpegang kepada kata-kata lamanya itu kerana rakyat akan menilai sejauh mana beliau menggunakan aset negara dalam mempertahankan negara.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan, manakala Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.
Turut diumumkan, penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan untuk memberi pandangan kepada kerajaan.
Ia dianggotai tokoh berpengalaman iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan CEO Petronas, Tan Sri Hassan Marican; ahli perniagaan, Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi, Profesor Jomo Kwame Sundaram.
Mengulas lanjut mengenai pelantikan tersebut, Tuan Ibrahim menyifatkan ia lebih kepada nilai-nilai fizikal untuk ekonomi yang tidak melibatkan konteks pembangunan Islam itu sendiri.-Sinar
6 comments:
Hmmm..dh puas korang lanyak dia..minta maaf sekali
puji ada makna tu...
Allah akan uji kita dengan pelbagai cara...semoga Abang Mat berpegang kuat dengan kata2nya dulu semasa dalam kem pembangkang dan membuktikannya dalam kerajaan kini
Abg mat ...aku gelak jer lh..dunia pn ketawa
Walaupun mat sabu hina fitnah pas tapi kami dalam pas ucapkan tahniah atas perlantikan menteri pertahanan moga atm akan jadi tentera yang bertakwa pada allah swt dan taat pada pemerintah bukan pada parti memerintah.
Aminn..
Post a Comment