Monday, May 14, 2018

Gambar Palsu Beg Rosmah, Sarawak Report Dikecam




PORTAL berita kontroversi, Sarawak Report (SR) terus melontar fitnah apabila menyiarkan gambar beberapa barangan peribadi yang kononnya milik kepada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Facebook portal berita berkenaan, SR mendakwa sejumlah beg tangan milik Rosmah yang terdiri daripada jenama Birkin dilihat sedang disusun bersama beberapa buah jenama lain.
“Gambar yang masih tidak dipastikan tetapi disyaki sebagai milik Rosmah. Sudah tentu beg-beg ini pernah dirakam ketika bekas Wanita Pertama Malaysia (FLOM) menyarungnya di lengan.
“Kesemua barang-barang ini dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM20 juta?” tulis portal berita itu pada Ahad.
Namun demikian, fitnah yang cuba disampaikan oleh portal berita tidak bertanggungjawab ini akhirnya memakan diri apabila ia menimbulkan kecaman netizen kerana dipercayai menggunakan gambar palsu.
Difahamkan gambar asal beg-beg tangan berjenama ini telah diambil melalui sebuah laman Instagram jual beli dalam talian yang dikenali sebagai shopfirstluxury.
Sehingga berita ini ditulis, portal berkenaan nampaknya dilihat masih lagi tidak memadam posting gambar berkenaan biarpun menerima pelbagai kecaman dari pihak netizen.
Malah ada yang mempersoalkan kredibiliti portal berkenaan dalam menyampaikan perkara yang tidak sahih kepada orang ramai biarpun secara terang-terangan meggunakan gambar curi.
“Sila sahihkan dahulu berita sebelum berkongsikan sesuatu, bolehkan Sarawak Report? Ia adalah kewajipan pihak anda untuk mengesahkan sesuatu perkara dengan betul kerana ia merupakan etika kewartawanan,” tulis Peter Peter.
“Korang, cuba lakukan pencarian imej di internet dan anda akan faham mengapa. Saya dah mula meragui kebenaran SR,” tulis Reno Quek.
“🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ saya memang hendak menunggu berita yang dimaksudkan tetapi gambar ini tidak benar, sila pastikan anda sekurang-kurangnya mempunyai laporan yang boleh ‘diterima’ dan mempunyai standard integiriti yang cukup untuk membangkitkan isu,” tulis Che Engku Amin.
“Gambar ini boleh dijumpai di salah sebuah laman carousel,” kata pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Tim Chen.
Terdahulu, polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah kondominium mewah di  Pavillion Residence Kuala Lumpur pada petang semalam berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas perdana menteri. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails