Monday, May 14, 2018

MB T'ganu Solat Hajat Bersama Kakitangan Negeri.. Akhlak Islam, Al-hamdulillah!




KUALA TERENGGANU, 28 Syaaban 1439H, Isnin – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri menunaikan solat hajat bersama kakitangan kerajaan negeri sejurus memasuki pejabat bagi memulakan tugas secara rasmi di Wisma Darul Iman, di sini.
Ahmad Samsuri yang ditemani Tuan Faizah Tuan Ab Rahman tiba di pusat pentadbiran negeri tersebut pada pukul 8.50 pagi disambut oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A Rahman Yahya.
Turut mengiringinya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Husain Awang dan barisan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu.
Ahmad Samsuri kemudiannya mengadakan mesyuarat tertutup bersama pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Terdahulu, beliau yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada Jumaat lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah akhlak kepemimpinan Islam yang  perlu dicontohi. Al-hamdulillah, Allahu Akbar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails