Thursday, May 17, 2018

“Mahathir Atau Anwar Yang Penting Islam Diutamakan” -Presiden PAS




PAS berhasrat mahu Islam diutamakan dalam segenap aspek tanpa mengira sama ada Tun Dr. Mahathir Mohamed atau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menghormati keputusan pilihan raya yang lepas dan berharap pihak kerajaan dapat mengambil berat perkara yang berkaitan Islam, lapor Harian Metro.
Beliau berharap konsep federalisme mestilah dihormati mengikut perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Terpulang kepada kerajaan yang diberi kuasa untuk menentukan bagaimana proses pertukaran Perdana Menteri itu dilaksanakan.
“Bagaimanapun, proses yang dilaksanakan itu mestilah betul, baik dan menjamin. Pada PAS apa yang penting adalah Islam mesti menguasai negara kerana majoriti rakyat adalah Islam,” ujarnya.
Beliau berkata sedemikian ketika berucap dalam majlis Himpunan Kesyukuran Kerajaan Rakyat Terengganu, di Kuala Nerus, malam semalam.
Tambahnya lagi, PAS sentiasa berdiri tegas terhadap sebarang ganggu gugat oleh mana-mana pihak yang boleh menimpa rakyat dan umat Islam di negara ini.
“Saya ingin mengingatkan bahawa sebarang langkah yang menjejaskan rakyat dan Islam di negara ini, PAS akan berdiri teguh mempertahankannya,” jelasnya.
Abdul Hadi menyampaikan pendiriannya itu berikutan proses pertukaran kuasa yang bakal berlaku selepas pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga berharap agar rakyat tidak perlu khawatir jika berlaku pertukaran kuasa dan menyarankan bersatu-padu menegakkan syariat Islam. – MYNEWSHUB.CC/MIZE


Meremang Bulu Roma! 

Perarakan Calon Parlimen PAS Kuala Terengganu 



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails