Thursday, May 17, 2018

"..mewah-mewah, kita terajang dia, tapi bukan Dr M.." Fikir Baik-baik Kata Anwar Ini.

Imej yang berkaitan
Kalau Nampak Mewah, Kita Terajang Dia – Anwar Ibrahim By Wartawan Menara - 
May 17, 2018 SHARE Facebook Twitter 

Petaling Jaya: “Kalau nampak kekurangan kita tegur, kalau nampak mewah-mewah, kita terajang dia, tapi bukan Dr Mahathir tapi yang lainlah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan BH Online. 

Selepas diberikan pembebasan serta-merta oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang berkenan untuk memberi pengampunan penuh, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) tersebut telah berkata sedemikian dalam ucapan sulungnya dalam Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur semalam di mana beliau meminta rakyat untuk tidak terus mempersoalkan sokongan padu beliau terhadap Perdana Menteri yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Sebelum itu, beliau menegaskan bahawa pilihan telah dibuat oleh rakyat. Oleh yang demikian, rakyat harus memberi ruang penuh kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya untuk meneruskan agenda membangunkan negara. 

Beliau berkata, “Saya kata kita sudah buat pilihan dan kita bagi ruang penuh kepada Dr Mahathir mentadbir negara. Menteri Kabinet harus diberi ruang untuk jalankan tugas dengan baik.” 

Anwar Ibrahim turut menyatakan bahawa beliau tidak akan menyokong Tun Dr Mahathir jika Perdana Menteri tersebut tidak membawa perubahan baik kepada negara. 

“Saya sokong Dr Mahathir sebab dia dengan pasukannya ini komited untuk bawa perubahan ke arah kebaikan kepada negara.” 

Turut hadir pada malam tersebut ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim“Kalau nampak kekurangan kita tegur, kalau nampak mewah-mewah, kita terajang dia, tapi bukan Dr Mahathir, tapi yang lainlah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan BH Online. 

Seorang penonton TV3 semalam menjelaskan..

"Semasa Anwar berkata '... kalau nampak mewah-mewah, kita terajang dia', saya dengar suara dari belakang Anwar menyebut nama Mahathir (mungkin maksudnya yang bermewah-mewah) maka secepat kilat Anuar menepisnya, 'tapi bukan Dr Mahathir, tapi yang lainlah,' kata Datuk Seri Anwar.

Fikir-fikirlah apa maksud Anwar itu.

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails