Saturday, May 19, 2018

Mendominasi Agihan Kerusi Exco, DAP P/Pinang Tamak? -Datuk Patrick Oo

DAP Pulau Pinang tamak?


GEORGETOWN – DAP Pulau Pinang disifatkan sebagai tamak apabila terus mendominasi agihan kerusi Exco kerajaan Pulau Pinang dan tidak diberikan sama rata kepada rakan dalam Pakatan Harapan.

Presiden Penang Front Party (PFP), Datuk Patrick Ooi berkata, perkara itu dapat dibuktikan apabila tiada wakil daripada Amanah dan Bersatu dilantik dalam barisan Exco yang baharu.

“Bagi saya, ini adalah balasan DAP terhadap rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan. Walaupun mereka menang besar di banyak negeri, tapi mereka hanya dapat jawatan Exco dan ketua menteri di Pulau Pinang.
“Ia kelihatan seolah-olah DAP cuba membalas dendam terhadap Pakatan Harapan kerana logo DAP tidak digunakan dalam PRU14. Itu yang kita nampak.
“Mereka cuba mengukuhkan kuasa mereka di Pulau Pinang walaupun DAP menang besar di lima negeri, tetapi hanya satu negeri diberi sebagai ketua menteri,” katanya.
Menurutnya, peperangan dalaman Pakatan Harapan kelihatan mula tercetus dari Pulau Pinang.
“DAP juga seolah-olah tidak puas hati kepada Amanah kerana wakil pemimpin parti itu dilantik sebagai menteri pertahanan.
“Saya beranggapan ini mungkin satu tindakan balas dendam terhadap rakan sejawatannya dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan barisan Exco yang baharu.

Senarai itu memperlihatkan sebanyak lima muka baharu ditampilkan sebagai exco serta mengekalkan enam Exco sedia ada daripada DAP dan PKR.

Namun, tiada mana-mana wakil daripada Amanah dan Bersatu dilantik sebagai exco walaupun perbincangan mengenai perkara itu telah berlangsung pada sebelum ini.

Ketiadaan wakil Exco daripada Amanah dan Bersatu turut menimbulkan persoalan terhadap kedua-dua parti itu. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails