Wednesday, May 16, 2018

Najib Akan Didakwa

Najib akan didakwa
Dr Mahathir mengakui berdepan masalah untuk mempercayai pihak yang menjalankan siasatan terhadap bekas perdana menteri itu.

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  yakin pendakwa raya akan dapat mengemukakan satu kes yang kuat untuk membawa tuduhan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam masa terdekat.

Katanya, hukuman yang akan dihadapkan kepada Najib bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan.

“Kita semakin hampir kepada dasarnya dan beberapa pegawai kanan secara sukarela menyertakan maklumat dan sudah tentu ia beserta dengan dokumen.

“Jadi kita yakin dalam masa terdekat, kita akan ada kes terhadap beliau (Najib) dan tindakan akan diambil keatasnya,” katanya pada persidangan video dengan Wall Street Journal di Tokyo melalui pautan video dari Malaysia.

Bagaimanapun, beliau akui berdepan masalah untuk mempercayai pihak yang menjalankan siasatan terhadap bekas perdana menteri itu.

“Sesetengah daripada pihak ini pernah bersamanya dan kita tidak tahu sama ada orang-orang ini akan setia kepada kerajaan baharu ini,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir membuat kenyataan bahawa kerajaan perlu menetapkan pertuduhan kukuh terhadap mereka yang terlibat dalam kontroversi berkaitan dana pelaburan 1MDB sebelum menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). (AA)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails