Saturday, May 19, 2018

Najib Mesti Dilayan Secara Bermaruah – Daim




KUALA LUMPUR – Datuk Srei Najib Tun Razak harus diberi layanan secara bermaruah dan kesamarataan sebagaimana warga negara Malaysia yang lain sungguhpun ditengah-tengah operasi penggeledahan oleh pihak berkuasa di kediaman peribadi beliau sejak 48 jam yang lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

“Semua orang harus dihormati dan diperlakukan seperti manusia terutama bekas perdana menteri. . Mereka (para pegawai) harus membiarkan orang tidur,” katanya pada sidang akhir di pejabatnya di sini.
Bekas menteri kewangan itu ditanya mengenai operasi penggeledahan itu yang laporkan bermula pada tengah malam sehingga awal pagi.
Beliau menekankan bahawa sungguhpun operasi penggeledahan dijalankan, semua orang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
“Sekiranya ada kes, langkah seterusnya ialah pendakwaan. Ini merupakan proses untuk semua orang tanpa pengecualian,” tambah beliau.
Terdahulu Daim bertemu pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda, Mazlan Aliman, di mana majlis penasihat itu bersetuju mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan diraja sebagai cara untuk meneliti secara mendalam status kewangan Felda.
Majlis penasihat itu diberi taklimat oleh bekas ketua pengarah Felda Datuk Hanapi Suhada, pengerusi Perbadanan Pelaburan Felda Sdn Bhd, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim and Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Zulkarnain Md Eusope. — BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails