Friday, May 18, 2018

PAS Ketuai Bantahan Di Kedutaan AS. Apa Pendirian PKR &DAP?



KUALA LUMPUR: Izinkan kami mara serapat mungkin ke kedutaan Amerika Syarikat bagi menunjukkan bantahan kami terhadap kezaliman di bumi al-Aqsa, demikian kata Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim.
Beliau memohon kerjasama daripada pihak penguatkuasa untuk mara di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat yang dua minit kemudian pihak berkuasa membenarkannya.
Pasukan polis yang mengawal ketenteraman awam di sekitar Himpuan Bantah Kekejaman Zionis mengizinkan lori membawa para pewakilan Dewan Pemuda PAS merapati seberang jalan hadapan kedutaan tersebut.
Sebentar tadi berlangsung Himpunan Bantah Kekejaman Israel terhadap tindakan biadab Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis dan pembunuhan berlaku setiap hari di bumi Palestin.
Turut berucap pada petang ini adalah Presiden GAMIS, Faizuddin Zai menyeru Perdana Menteri melakukan sesuatu dengan menyatukan negara  Islam dan memberikan tekanan yang cukup kepada Amerika Syarikat dan Israel.
Himpunan bermula tetap jam 2 petang selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, di sini dan tamat tepat jam 3 petang dengan ucapan terakhir dari Presiden Geng Ustaz, Ustaz Norazli Musa ditutup dengan doa dari Ustaz Mohd Dusuki Abdul Rani.
Sekitar 300 umat Islam hadir membantah tindakan kejam Zionis dan hadir sama pada himpunan adalah Naib Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga  Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, NGO Ummah dan ramai lagi. - HARAKAHDAILY 18/5/2018

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana parti-parti politik lain di Malaysia yang cintakan pembebasan dan keadilan menentang kezaliman di Palestin? Apa pendirian sebuah kerajaan pimpinan PKR?

3 comments:

Anonymous said...

Bantah amerika Dan israelm . tapi perjuang Islam di bawah ciptaan pemerintahan mereka. Pening pening

Anonymous said...

Tunjuk perasaan ini amat wajar. Polis pun tak halang alhamdulillah..

Anonymous said...


Seperti biasa anjing-anjing kurap buruk kepala ternakan proksi rejim pengganas Israel menulis komen yang berunsur fitnah menghina dan menfitnah perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk membela agama Islam dan hak umat Islam seperti rakyat Palestin yang sedang ditindas, disiksa dan dibunuh oleh pengganas-pengganas Yahudi Zionis.

Anjing-anjing kurap bangsat inilah yang telah mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah seperti UG , dedak umno, rasuah dll untuk menghasut orang ramai untuk membenci PAS sebelum dan semasa PRU14 !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails