Saturday, October 21, 2017

Siapa PM Pertama Republik Malaysia?



AIDCNews -20/10/17-Tidak mustahil Lim Kit Siang bakal menjadi Perdana Menteri Republik Malaysia yang pertama.
Laman ini berpendapat cadangan Datuk Zaid Ibrahim dan sokongan P. Ramasamy yang mencalonkan Kit Siang menjadi Perdana Menteri adalah relevan dalam suasana politik negara hari ini.
Ia selaras dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman sebelum ini.
Perlembagaan negara yang memartabatkan kekuasaan Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong juga boleh dipinda sepertimana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1993.
“Pada tahun itu, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dengan BN memperolehi 2/3 kuasa di Dewan Rakyat telah meminda kuasa dan kedudukan raja-raja Melayu.
“Susulan pindaan itu, Dr Mahathir tidak memperlukan perkenan raja-raja dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.
“Maksudnya, perlembagaan Persekutuan boleh dipinda. Jika Dr Mahathir boleh melucutkan kuasa raja-raja, bermakna Kit Siang boleh melakukan lebih drastik lagi termasuk memansuhkan semua kuasa raja-raja Melayu dan meniadakan Yang Dipertuan Agong. ”
Selanjutnya, sila baca “Kit Siang Jadi PM Pertama Republik Malaysia
Selanjutnya, sila baca “Kit Siang Jadi PM Pertama Republik Malaysia

IKLAN: 
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

3 comments:

Jj said...

As Salam Tuan, siapa yang sokong LKS untuk jadi PM? Berapa peratus MP non bumi yang dijangka menang

Anonymous said...

Nampaknya terpaksa dapat berita dari penyebar fitnah termuka.....AIDCNews sahaja nampaknya menyokong Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri......

Anonymous said...

Ibnu Hasyim memang bodoh,berita seperti ini tak perlu dikeluarkan dan diperdebatkan kerana orang bodoh saja terus percaya dengan cerita tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails