Wednesday, October 18, 2017

LGBT Di Indonesia Baru Nak Dilarang Di TV Akhir Tahun Ini..



Jakarta: Parlimen Indonesia sedang mempertimbangkan undang-undang nasional yang akan mengharamkan kandungan berunsur lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) dari sebarang siaran TV menjelang akhir tahun ini, menurut laporan portal berita luar negara. 

Keputusan ini diambil selepas sebuah rancangan komedi Indonesia yang ditayang sebulan yang lalu, dipercayai mengandungi unsur-unsur LGBT di mana pelakon lelaki dalam rancangan tersebut berpakaian dan berkelakuan seperti wanita. 

Malah, penerbit rancangan komedi itu telah mendapat surat amaran daripada bahagian penyiaran bahawa kandungan unsur LGBT itu melanggar piawaian dan etika dalam penyiaran. Menurut berita yang dilaporkan lagi, bahagian penggubal undang-undang akan mengkaji semula undang-undang penyiaran untuk memansuhkan kandungan yang mempunyai unsur LGBT. 

Tegasnya, rancangan dan iklan yang menunjukkan tingkah laku “lesbian, homoseksual, biseksual dan transgender” akan diharamkan. 

“Pengharaman itu termasuklah drama yang mempunyai watak gay, persembahan tradisonal rakyat atau komedi dengan menunjukkan watak lelaki lembut dan siaran yang menyokong kehendak LGBT,” jelasnya. 

Sementara itu, Bobby Rizaldi, anggota Parlimen yang terlibat dalam merangka undang-undang tersebut berkata LGBT bukanlah satu jenayah. Akan tetapi, unsur-unsur sebegini telah memasuki ruang awam dan ditayangkan kepada orang ramai. 

Maka, unsur-unsur sebegini haruslah disekat. Ahli Parlimen yang lain, Hanafi Rais berpendapat LGBT adalah sesuatu yang luar dari norma manusia. 

“Ia akan merosakkan generasi muda kita. Sekiranya kandungan itu tidak mempunyai kualiti pendidikan dan hanya digunakan untuk kepentingan komersil atau pengiklanan, kita mesti menolaknya,” ujar beliau. 

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan ‘anti-gay’ Indonesia dengan menjustifikasi tindakan mereka sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.
Hasil carian imej untuk LgBT

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails