Tuesday, October 17, 2017

M'sia Mahu Bina Hospital RM3.5J Di Kem Pelarian Di Cox’s Bazar.


 
Ahmad ZAHID bersalaman dengan pelarian Rohingya di Kem Kutupalong di Cox’s Bazar semalam.
COX’S BAZAR (Bangladesh) – Malaysia akan membina hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkan etnik Rohingya di sini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, hospital itu akan dibina dalam tempoh sebulan sebaik mendapat kelulusan daripada kerajaan Bangladesh.
“Hospital ini akan mempunyai 50 katil. Ia akan dibina oleh kor perubatan angkatan tentera dan Kementerian Kesihatan,“ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Kem Kutupalong, antara kem yang menempatkan pelarian Rohingya kira-kira 35 kilometer dari sini semalam.
Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.





Haji Mat Sabu Kata Selepas Bola, Padang akan penuh, Tapi rupanya penuh dengan ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails