Thursday, October 19, 2017

Benjy, Artis M'sia Dipenjara 11 Tahun Di Indonesia.


 BENJY ketika mendengar keputusan Mahkamah Daerah Medan semalam. - AFP
JAKARTA – Pelakon Malaysia, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun semalam kerana cuba menyeludup masuk kristal methamphetamine atau syabu yang disembunyikan di dalam duburnya ke Pulau Sumatera, Indonesia.
Benjy ditangkap bersama 4.5 gram dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan pada April lalu.
Di samping hukuman penjara, Benjy juga diperintahkan membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,500) oleh Mahkamah Daerah Medan.
Bagaimanapun, hukuman penjara yang dikenakan lebih ringan berbanding tempoh 14 tahun yang disyorkan pihak pendakwa raya dan dia turut terlepas daripada hukuman mati.
“Kami mendapati defendan, Benjy terbukti bersalah di sisi undang-undang kerana memiliki dadah,” kata ketua panel hakim, Wahyu Prasetyo Wibowo.
Sebelum ini, media melaporkan, Benjy yang merupakan anak kepada seniwati, Azean Irdawaty bakal berdepan hukuman mati selepas ditahan menyorokkan dua bungkus dadah. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails