Wednesday, October 18, 2017

Wanita Pertama Dilantik Hakim Mahkamah Rayuan. Tahniah!



Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan setinggi penghargaan ditujukan buat Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin wanita pertama di negara ini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu.

Demikian ucapan Ketuanya Ustazah Nuridah Mohd Salleh melalui media PAS hari ini.
Hasil carian imej untuk prof. datuk seri dr. zaleha kamaruddin

"Tahniah di atas pelantikan yang julung kali menjulang wanita di persada pentas mahkamah. Alhamdulillah semoga dengan pelantikan ini bakal memberikan lagi semangat dan inspirasi kepada kaum wanita dalam profesion kehakiman ini dan profesion yang lain bagi melonjakkan kredibiliti dan melebar luas lagi sayap di pentas kerjaya masing-masing.


"Teruskan momentum Profesor dalam bidang ini dan sekaligus memartabatkan lagi undang-undang dengan penuh dengan prinsip keadilan dan mendaulatkan syariat Islam.
‎إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
  • “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Surah Al-Nisa’: 58)

"Kami sentiasa mendoakan agar Profesor diberikan kekuatan dalam melontarkan hujah dan dilancarkan segala kalam serta dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. "Tegas Ustazah itu lagi.
Semoga syiar Islam terus dimartabatkan dan undang-undang Islam akan menjadi pegangan kepada umat Islam khususnya. Sejahtera Bersama Islam dan Muslimat Memacu Kemenangan! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails