Saturday, October 21, 2017

KDN Minta PPIM, Bukti Wujud 9 'Dragon' Kutip Judi Haram RM5B Sebulan.


Post Pic

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menampilkan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh sembilan ‘dragon’ selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini supaya membuat laporan polis. Saya bimbang akan keselamatan mereka sekiranya benar dakwaan tersebut,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai pendedahan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan itu yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun-tahun lamanya.

Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai ‘kuasa’ dalam agensi penguatkuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu-gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam. (Antarapos)

IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails