Friday, October 20, 2017

AMK Cuba Calarkan Imej PAS Selangor ?














AIDCNews -18/10/17-Berlatarkan imej Angkatan Muda Keadilan Kuala Langat, Khairul Fikril Aziz Kamaruzzaman bersama-sama rakan-rakannya mengkritik sikap ADUN PAS Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang disifatkannya tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.


Khairul Fikril, pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1 secara terbuka di media melahirkan rasa kesal dengan sikap Ahmad Yunus yang didakwanya sengaja melengah-lengahkan proses menandatangani sebuah dokumen yang diserahkan ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sijangkang pada 11 Oktober 2017.
Dakwanya, dia membuat panggilan berkali-kali kepada Ahmad Yunus tetapi tiada jawapan sehingga memaksanya untuk hadir semula ke pejabat ADUN PAS berkenaan, namun masih gagal untuk mendapat tandatangan tersebut.
“Tapi sehingga semalam masih tak ada jawapan, dan saya ke pejabat Ahmad Yunus semula untuk mendapatkan penjelasan.
“Masa tu kerani bertugas memaklumkan YB sudah ambil kertas kerja itu untuk diteliti dan sekali lagi memohon supaya menghubungi YB untuk mendapat tahu bila boleh mengambil semula dokumen, tetapi masih tidak berjawab,”katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, semalam.

Dalam respon segera, Ahmad Yunus yang juga Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor berkata beliau tidak pasti adakah benar Khairul Fikril menghubunginya berkali-kali, namun jika penama itu menghubunginya secara pesanan ringkas (SMS) ataupun WhatsApp pasti beliau akan menjawab.
“Hubungi saya berkali-berkali saya tidak pasti sebab saya tiada nombor handphonenya dan (saya) tidak pernah mengenali beliau sebelum ini.
“Semudah SMS atau WhatsApp, Insya Allah saya akan hubungi balik. Wallahu aklam,”kata Ahmad Yunus dalam Facebook.
Tambahnya, selaku wakil rakyat DUN Sijangkang, beliau tidak pernah dihubungi sebelum ini untuk melaksanakan program anjuran AMK Kuala Langat tersebut.


“Adakah salah mengambil sedikit masa untuk saya buat semakan (terhadap) dua program yang telah berlalu (30 Ogos dan 4 Okt) yang mohon sokongan dari saya dan belum dapat kelulusan (daripada pihak) Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) tetapi (kedua-dua program itu) telah berlaku.
“Program (itu) tidak dimaklumkan kepada saya sebelum ini dan diadakan di luar Zon 1. Hari Kelima (bekerja) seawal (jam) 8.20 pagi saya (telah) serah borang permohonan dan kertas kerjanya kepada Timbalan Yang Dipertua (MDKL),”jawab Ahmad Yunus.

Orang Cina Bersama PAS..





IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.


2 comments:

Anonymous said...

MEREKA ADALAH KHADAM KEPADA DAP SEBAGAIMANA HAMAN KEPADA FIRAUN DI ZAMAN NABI MUSA.

http://www.ismaweb.net/2015/07/dap-takut-imej-islam-mekar-di-malaysia/

DAP takut imej Islam mekar di Malaysia

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Rabu – Sikap parti cauvinis DAP yang sering mempamerkan sifat anti-Islam dan menentang banyak perkara berkaitan agama Persekutuan memperlihatkan yang mereka sebenarnya takut imej Islam akan terus mekar di Malaysia.

Menceritakan sikap DAP yang dipercayai mesra Evangelis ini, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abd Rahman Mat Dali, berkata DAP sesekali tidak akan berdiam diri demi memburukkan imej Islam.

“Mereka akan sentiasa mencabar apa sahaja usaha yang dapat meningkatkan imej Islam di Malaysia.

“Mereka akan cuba merungkai dan meruntuhkan semua imej dan peraturan yang melibatkan Islam. Hakikatnya, kerana mereka tidak mahu Islam terus bertapak luas di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas sikap cauvinis DAP yang masih tidak berpuas hati dengan kod etika berpakaian yang dikenakan terhadap kakitangan atau orang ramai yang berurusan di semua pejabat kerajaan.

Lebih-lebih semalam, ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han sengaja menyindir kod etika pakaian di pejabat kerajaan apabila memuat naik gambar di Facebook yang memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian selagi tidak berbogel.

Tegas Abd Rahman, itu tindakan biadab DAP dan kaum Cina serta kuncu-kuncunya mahu mengancam perpaduan dan keharmonian yang ada.

“Hakikatnya DAP memang tidak suka Islam, mereka tidak suka Islam ini maju, jadi mereka cuba mencetuskan kontroversi dengan isu pakaian,” katanya kepada Ismaweb.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/08/dua-darjat-fahaman-liberal-tapi-tujuan-tetap-mahu-melemahkan-islam/

Dua darjat fahaman liberal tapi tujuan tetap mahu melemahkan Islam

BANGI, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Kewujudan Free Thinkers yang dipelopori oleh puak libertarian digunakan untuk melemahkan kebangkitan gerakan kesedaran politik Islam di negara ini, kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah.

Katanya, gerakan kesedaran politik Islam semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini selepas tertubuhnya gabungan pembangkang, Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan merupakan gabungan baharu pembangkang menggantikan pakatan rakyat membabitkan kerjasama di antara PKR, parti rasis dan cauvinis DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Ini disebabkan parti pembangkang tertentu lebih didominasi kumpulan libertarian daripada kumpulan egalitarian. Akibatnya sebahagian besar mereka kurang menyukai dominasi gerakan kebangkitan politik Islam.

“Tambahan pula, terdapat sebahagian masyarakat Islam di negara ini kurang suka dengan perundangan Islam dan politik Islam atau politik Melayu,” kata Dr Iskandar yang menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Katanya, perjuangan kumpulan liberal di negara ini mempunyai dua darjat pandangan berbeza dari segi epistemologi iaitu libertarian yang sangat ekstreem berjuang menidakkan kebenaran agama dan egalitarian yang memperjuangkan liberalisasi dalam kesaksamaan hak dan tidak menentang prinsip Perlembagaan Persekutuan atau ajaran agama.

Bagaimanapun, katanya, walaupun kedua-duanya berjuang dalam kaedah berbeza, namun ianya tetap memberi impak kepada agenda Islam di Malaysia.

Dr Iskandar Hasan berkata, tsunami politik Islam hari ini dilihat lebih bertunjangkan kepada isu membabitkan kedaulatan agama dan kehidupan norma budaya Melayu.

Maka tidak hairan apabila agenda feminisme turut terlibat dalam menafikan penguasaan gender dalam norma budaya agama Islam, dengan mengisytihar wanita boleh menjadi imam dalam solat antara lelaki perempuan, katanya.

“Golongan Islam liberal dan golongan Islam yang menolak Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah berteraskan pegangan Mazhab Syafie kurang suka akan kebangkitan tsunami politik Islam dalam PRU14 nanti.

“Tidak menghairankan terdapat sebahagian golongan tersebut tidak menentang gerakan Kristianisasi yang dijalankan gerakan Evangelis.

“Selanjutnya mereka menawarkan dialog perdamaian dan mengatakan tindakan tersebut adalah seperti yang dianjurkan prinsip maqasid syariah. Dalil tabayyun digunakan bagi merealisasikan matlamat mengurangkan impak tsunami politik Islam,” katanya.

Katanya, perang saraf persepsi turut diperhebat dengan mengaitkan bahawa jika pemimpin bukan Islam menjadi ketua kerajaan adalah lebih baik daripada pemimpin Islam sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails