Sunday, October 15, 2017

Demo Anti Kleptokrasi Adalah Demo Pembangkang Paling Gagal – Beruang Biru


Malam tadi telah berlansungnya demo anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya. Pada mulanya, demo berkenaan disasarkan sejumlah 100,000 orang walaupun ikut lojik, padang itu hanya mampu memuatkan 10,000 orang sahaja.
Malaysiakini lapor 1,500 orang sahaja hadir, manakala Kelab Che Det pula menghentikan siaran facebook live bila mendapati padang kosong dan tiada orang.
Namun pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad dalam kenyataan kepada media sebelum ini yakin demo berkenaan akan mampu menarik perhatian ramai, apatah lagi beliau beria-ia kononnya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Malangnya hasrat Mahathir itu tidak kesampaian apabila himpunan tersebut tidak mendapat sambutan. Walaupun ramai pemimpin besar Pakatan Harapan hadir namun penyokong mereka tidak teruja untuk hadir bersama-sama dengan pemimpin mereka.
Meskipun macam-macam acara disediakan termasuk persembahan muzik dan jualan makanan menerusi food truck, tapi ia tidak berjaya menggamit orang ramai. Hanya tujuh food truck yang datang walaupun sebelum ini ada 100 buah truck dijanjikan penganjur.
Pengurusan himpunan juga tidak bagus, tiada jualan baju-t seperti himpunan-himpunan yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini. Sampai Kit Siang sendiri kena promosi jualan baju.
Malah Mahathir Mohamad sendiri tidak mampu menjadi daya penarik untuk menarik orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ketika beliau berucap pada waktu petang, sekutunya Lim Kit Siang telah meninggalkan himpunan itu lebih awal.
Waktu Mahathir berceramah pada waktu malam pula, ramai yang sudah beredar meninggalkan padang. Kit Siang pula dilihat tertidur dan bermain telefon ketika Mahathir sedang berceramah.
Ini bukan kali pertama, Kit Siang tidak layan ceramah Mahathir. Dalam program Nothing To Hide 2.0 pada Ogos lalu, Kit Siang turut meninggalkan majlis sebaik sahaja Mahathir berucap. Selepas Kit Siang beredar, terus kerusi dan selipar terbang datang.
Melihat kepada peserta yang hadir yang tak sampai pun 5,000 orang, maka sudah pasti ia mengecewakan Mahathir. Beliau pasti rasa terhina kerana himpunan anjurannya itu adalah paling gagal, sejak Bersih 1 hingga Bersih 5.
Ketika Hadi Awang ketuai Bersih 1 iaitu menjelang PRU12, ramai yang hadir. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim ketuai Bersih 3 menjelang PRU13, ramai yang hadir. Kini, bila Mahathir ketuai demo kleptokrasi menjelang PRU14, hanya 2,000 orang yang hadir.
Bayangkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir, himpunan yang diadakan pula gagal. Dah tentu pembangkang hilang punca, momentum yang mereka mahukan tidak menjadi.
Sudah bermacam-macam cara dilakukan tapi gagal. Mahathir juga gagal menarik perhatian ramai sedangkan beliau dianggap sebagai “aset utama” oleh pembangkang. Demo kleptokrasi ini adalah demo pembangkang yang paling gagal sekali.
Tulisan :
Beruang Biru
BB615, Sabtu
14 Oktober 2017

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails