Thursday, October 19, 2017

Ratu Cantik Bertudung AS Halima Aden Yang Tidak Islamik..


Fashion model and former refugee Halima Aden, who is breaking boundaries as the first hijab wearing model gracing magazine covers and walking in high profile runway shows has her makeup applied during a shoot at a studio in New York City, U.S .August 28, 2017. Photo taken August 28, 2017. REUTERS/Brendan McDermid 

NEW YORK: Halima Aden pernah menarik perhatian masyarakat Amerika Syarikat apabila muncul sebagai peserta pertama pertandingan Ratu Cantik Amerika Syarikat yang mengenakan hijab dan burkini ketika mewakili negerinya, Minnesota pada 2016. 

Sejak itu, beliau mula mendapat perhatian dalam industri peragaan hingga ditawarkan kontrak selama tiga tahun bersama IMG Model yang turut dinaungi ramai model terkemuka seperti Gigi Hadid, Bella Hadid dan Miranda Kerr. 

Malah, pada Februari lalu, beliau muncul sebagai model berhijab pertama menyertai pentas peragaan di Minggu Fesyen New York apabila memperagakan koleksi terbaharu Yeezy daripada Kanye West. Sejak itu, Halima mula mendapat perhatian beberapa pereka dan jenama fesyen terkemuka termasuk Maxmara dan Alberta Ferretti untuk menggayakan rekaan dan koleksi terbaharu mereka dalam pertunjukan fesyen berprestij. 

Selain menjadi model berhijab pertama yang berjalan di pentas peragaan antarabangsa dan bernaung di bawah agensi model terkemuka dunia, Halima turut mendapat perhatian majalah fesyen terkemuka seperti Vogue dan Allure apabila menjadi penghias muka depan. Beliau muncul sebagai wajah muka depan Vogue Arab Saudi untuk edisi Jun lalu manakala majalah Allure di Amerika Syarikat turut menggunakan wajah model berketurunan Somalia itu menghiasi muka depannya untuk keluaran Julai lalu. 

Dengan pakaian sukan jenama Nike dan berhijab, wajah Halima dihiasi dengan tulisan yang bermaksud “Ini adalah kecantikan Amerika” iaitu slogan yang menambat keinginan model muda berkenaan untuk mengatasi sempadan kecantikan dalam fesyen. 

Dalam temubual dengan majalah berkenaan, Halima yang mengikut ibunya ke Amerika Syarikat ketika berusia tujuh tahun berkata, beliau sudah lama mengenakan hijab iaitu sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau berpendapat berhijab juga dapat melindunginya daripada berasa malu dengan bentuk badan sendiri. 

“Masyarakat sering meletakkan tekanan terhadap seseorang gadis untuk melihat cantik dalam cara tertentu. Saya rasa lebih banyak mempunyai kelebihan lain berbanding penampilan fizikal dan hijab sebenarnya melindungi saya daripada kata-kata seperti, “Awak terlalu kurus”, “Awak terlalu gemuk”, “Tengok pinggulnya”, “Tengok pahanya”. “Saya tidak perlu risaukan kata-kata seperti itu,” katanya. (Berita Harian)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa ratu cantik bertudung AS, Halima Aden dikatakan tidak Islamik? Kerana ia berpakaian tidak menepati ciri-ciri pakaian yang menutup aurat menurut Islam.

Hasil carian imej untuk ciiri pakaian menutup  aurat

Lihat..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

2 comments:

Kaw kaw said...

Budak baru belajar,apa maksud tidak islamik, bukan senang sebut saja kafir

Kaw kaw said...

Atau memaparkan foto foto bogel itu islamik atau unislamik atau kafir atau maksiat atau dosa saja, bukakah semua batas ini dosa Dan pahala Tak usah berlebihan melibatkan islam Dan kufur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails