Friday, October 20, 2017

Najib Kembalikan Semula LPN! -Petani Menuntut.


Lebih 80 petani, pengilang dan pemborong hari ini berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi menuntut Datuk Seri Najib Razak mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).


Mereka diwakili oleh Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras Negara (PADI Rescue), Fitri Amir yang mendakwa nasib petani hari ini semakin tertekan akibat peningkatan pelbagai kos dan potongan padi yang tinggi.

Menurut Fitri, LPN yang ditubuhkan pada 1971 amat efisien dalam menjaga hal ehwal dan kepentingan pesawah berbanding Padiberas Nasional Nasional Berhad (BERNAS), syarikat yang mengambilalih peranan LPN sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.


“Setelah BERNAS mengaut laba selama hampir 20 tahun, impak penswastaan padi dan beras wajar dipersoalkan dan dinilai semula. Adakah industri padi dan beras telah berjaya diperkasakan semenjak syarikat konsesi ini mengambil alih sumber makanan asasi negara?


“Tercapaikah hasrat kerajaan untuk memodenkan dan mengimarahkan industri? Berkurangkah beban kewangan kerajaan? Dan terlaksanakah tanggungjawab sosial agenda Bumiputera untuk memartabatkan ekonomi pesawah, pengilang dan pemborong yang 95 peratus terdiri daripada orang Melayu.


“Kami memohon agar LPN ditubuhkan semula dan kali ini fungsinya perlu merentasi rantaian bekalan padi dan beras Bermuda dari benih padi hingga ke pasaran beras,” kata Fitri kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum.


Kumpulan itu yang tiba seawal jam 7.00 pagi turut disertai oleh ADUN Alor Mengkudu, Ahmad Yahaya dan seorang wakil Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).


Mereka yang berhimpun di hadapan pejabat perdana menteri itu turut membawa sepanduk yang bertulis 

"Hapuskan kartel pertanian, kembalikan fungsi LPN”, 
“Datuk Seri Najib tolong bantu kami petani, pengilang dan pemborong Melayu ditindas” dan 
“Kami mahu kerajaan prihatin dan ambil peduli nasib pesawah padi, dan petani Malaysia yang semakin terhimpit dan sengsara”.

Bagi pengilang Musonnef Md Radzi, selepas BERNAS diswastakan pada 1996 dan LPN dibubarkan, pendapatan petani semakin berkurangan berikutan tindakan syarikat itu yang membuat potongan lebih 20 peratus padi bagi setiap tan yang dijual.


“Petani perlu membayar pelbagai kos, termasuk membeli benih padi dengan harga yang tinggi, membayar kos membajak, menuai dan menyelenggara sawah... apabila sampai di BERNAS, padi dipotong dengan potongan yang tinggi sehingga 25 peratus.


“Semua kos itu terlalu membebankan namun sekiranya LPN diwujudkan semula, ramai petani akan memperoleh manfaat kerana peranannya adalah membantu petani semata-mata,” dakwa Musonnef kepada pemberita.

Musonnef berkata, kewujudan semula LPN dijangka akan membantu 26 pengilang beras Melayu di seluruh negara untuk terus bertahan.

Bagi petani, Muhammad Fuad Yaacob, 55, beliau mahu perdana menteri melihat semula hasrat LPN ditubuhkan.


“Saya nak dan bersetuju sangat perdana menteri mengkaji balik dasar-dasar LPN ini supaya petani dapat merasai keuntungan dalam rantaian nilai hari ini dan petani hari ini mahu menjadi tuan padi dan tuan beras.


“Kami tidak mahu jadi pemain yang hanya tabur benih dan akhir sekali bakar jerami yang berlaku pada setiap musim.


“Sekarang ini kita nak jadi tauke dan keuntungan itu dapat semula kepada petani,” katanya.



IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

4 comments:

Anonymous said...

Yang ambil peduli hanya gang2 pakai kepiah putih. Mana PAN, Mana PKR. Bagi PAN dan PKR yg penting hanyalah apa2 yg menganngu jiwa dan nasib Abuya2 Penang Marei

Anonymous said...

Di Pulau Pinang ada sosialis yg tak ikut ideologinya lagi demi kuasa dan kekayaan. Orang kampung dihalau tetapi beliau membeli banglo terlajak diskaun. Kesian amat sebab PAN menyokong Abuya Sifoo Penang.

http://www.sozpress.com/2016/02/lagi-kes-penduduk-kampung-dihalau-di.html


Lagi Kes Penduduk Kampung Dihalau Di Pulau Pinang.

Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa. 26 keluarga yang menduduki kampung ini telah menerima notis bailif pemilikan kosong yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan rumah sebelum 4 Mac 2016. Rumah mereka boleh diroboh secara paksa bila-bila masa pada dan selepas 4 Mac nanti.

Kampung Permatang Tok Subuh sudah diteroka oleh penduduk sejak 70 tahun yang lalu. Distinct Class Sdn Bhd yang menggelar dirinya tuan tanah dikatakan membeli tanah tersebut daripada pemilik sebelum itu dan mengheret penduduk asal ke mahkamah untuk mengusir mereka. Keputusan kes di Mahkamah Sesyen Butterworth tidak berpihak kepada para penduduk dan sekarang notis pemilikan kosong telah dikeluarkan.

Para penduduk menuntut supaya hak perumahan mereka dijamin, iaitu perlunya rumah ganti sekiranya mereka terpaksa berpindah. Namun, Distinct Class Sdn Bhd enggan berunding dan cuba mengusir penduduk secara paksa.

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh bertekad untuk mempertahankan kampung halaman mereka.

Boleh mengikuti perkembangan tentang perjuangan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di laman FB Pertahankan Kg Permatang Tok Subuh.

Harap komrad semua, kawan-kawan boleh berikan sokongan, atau idea penyelesaian kepada perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh ini.


Read more: http://www.sozpress.com/2016/02/lagi-kes-penduduk-kampung-dihalau-di.html#ixzz4w2GBz3HB

Anonymous said...

Bagi gang2 haramjadah PH ni bukan nak tolong orang kampung. tetapi mereka wajar dihalau seperti mana terjadi di Penang.

Tolak PH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Dah hampir nak PRU14,kemungkinan hasrat petani dapat ditunaikan.Tetapi perlu diingat semua ini perlu masa dan dikhuatiri hanya akan dipergunakan untuk memancing undi bagi UMNO dan PAS pun nak tumpang sekaki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails