Monday, October 16, 2017

45 Remaja Bawah Umur Dicekup.. Lagi Kedurjanaan Pusat Hiburan.


 ANTARA remaja yang ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Brunei, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 45 remaja bawah umur ditahan polis dalam serbuan berasingan di dua pusat hiburan di Jalan P. Ramlee dan Jalan Brunei di sini semalam.
Difahamkan, ketika serbuan dilakukan, sebahagian daripada remaja berkenaan sedang berhibur dan menari dalam kea­daan mabuk.
Turut ditahan dalam serbuan itu ialah empat lelaki warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal di negara ini melebihi tempoh yang ditetapkan.
Serbuan pukul 3.30 pagi itu dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas menerima aduan orang ramai berhubung tindakan beberapa pusat hiburan di ibu negara membenarkan individu bawah umur memasuki premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman berkata, seramai 49 individu yang terdiri daripada 45 remaja bawah umur dan empat warga asing telah ditahan dalam dua serbuan yang dilakukan. (Kosmo!)
Komen Weblog IbnuHasyim: Pusat Hiburan masakini adalah pusat maksiat. Itulah kedurjanaannya, yang sepatutnya dihindari dari bumi umat Islam atau bumi yang cintakan damai.



Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.





Haji Mat Sabu Kata Selepas Bola, Padang akan penuh, Tapi rupanya penuh dengan ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails