Friday, October 20, 2017

G/Eng Tidak Patut Tanding CEC, Terpalit Tuduhan Rasuah Di Mahkamah.


GEORGETOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu kerana sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah, kata Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak.
Beliau berkata, atas dasar integriti dan maruah, ketua menteri Pulau Pinang itu seharusnya mengecualikan dirinya sebagai calon pada CEC dijadual November ini walaupun senarai calon terbabit berasaskan pada pemilihan Disember 2012.
“Secara rasionalnya mengecualikan dirinya sebagai calon adalah contoh terbaik … pada ketika beliau sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah walaupun Guan Eng enggan melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri.
“Malah beliau juga perlu menolak sebarang jawatan dalam parti berasaskan kepada lantikan oleh 20 pemegang jawatan CEC setelah pemilihan parti bagi kali ke-3 kelak selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rahmad berkata, kini merupakan masa terbaik seorang pemimpin seperti Guan Eng mentransformasikan soal akhlak mulia serta elemen integriti mahupun kredibiliti dan maruah.
“Jangan jadikan alasan bahawa senarai pemilihan Disember 2012 sebagai satu kewajipan untuk beliau menjadi calon disebabkan atas arahan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), tetapi adalah menjadi hak eksklusif beliau untuk menentukan kedudukannya dari sudut maruah sendiri serta parti.
“Tidak mungkin timbul soal pentadbiran DAP akan menjadi cacat tanpa penglibatan Guan Eng kerana sebelum ini pun kecacatan terhadap dua pemilihan tidak diiktiraf oleh RoS adalah di ketika beliau menjadi setiausaha agung,” katanya.
Guan Eng dalam sidang akhbar khas di Kuala Lumpur baru-baru ini mengumumkan pemilihan semula CEC DAP akan diadakan 12 November ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam selepas dipersetujui RoS.- BERNAMA
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

2 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/12/dap-mahu-halau-masyarakat-melayu-dari-pulau-pinang-pas/

DAP mahu halau masyarakat Melayu dari Pulau Pinang: PAS

KUALA LUMPUR, Sabtu – Tindakan parti cauvinis dan rasis, DAP meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan adalah untuk mengusir masyarakat Melayu dari Pulau Pinang.

Mengulas perkara itu, Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata tindakan kerajaan DAP itu seolah-olah mahu menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah ‘mampu gigit jari’ bernilai tinggi yang bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.

“Ada semacam satu agenda, bahawa pembangunan yang sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran kepada masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki.

“Kalau tengok, kepada perumahan-perumahan baru, yang besar ni, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.

“Jika ia tidak dibendung, usaha perencanaan yang dibuat ini akan menghakis orang Islam dan Kampung Melayu daripada pulau, hanya seakan menyambung tindakan (Kerajaan BN dahulu) oleh kerajaan (DAP) sekarang,” katanya dalam satu kenyataan dalam web rasmi parti itu.

Melahirkan kebimbangannya beliau mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membangunkan perumahan mewah di negeri itu.

“Apa matlamat membuat pembangunan rumah-rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak menghalau komuniti yang sedia ada secara berhormat.

“Bila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku. Macam ada agenda, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita nampak,” katanya.

Jelas beliau, perkara yang sama juga berlaku kepada para penjaja yang majoritinya Melayu Islam apabila dikenakan tindakan-tindakan roboh dari pihak penguatkuasa Majlis Perpandaran.

“Hairannya, ia tidak berlaku kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu.

“Apabila perkara tersebut diutarakan, pihak DAP pantas menuduh hal tersebut sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat bermotif perkauman,” katanya lagi.

Minggu lalu dilaporkan sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.

Anonymous said...

http://www.sozpress.com/2016/02/lagi-kes-penduduk-kampung-dihalau-di.html

Lagi Kes Penduduk Kampung Dihalau Di Pulau Pinang.


Kampung Permatang Tok Subuh yang terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran paksa. 26 keluarga yang menduduki kampung ini telah menerima notis bailif pemilikan kosong yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan rumah sebelum 4 Mac 2016. Rumah mereka boleh diroboh secara paksa bila-bila masa pada dan selepas 4 Mac nanti.

Kampung Permatang Tok Subuh sudah diteroka oleh penduduk sejak 70 tahun yang lalu. Distinct Class Sdn Bhd yang menggelar dirinya tuan tanah dikatakan membeli tanah tersebut daripada pemilik sebelum itu dan mengheret penduduk asal ke mahkamah untuk mengusir mereka. Keputusan kes di Mahkamah Sesyen Butterworth tidak berpihak kepada para penduduk dan sekarang notis pemilikan kosong telah dikeluarkan.

Para penduduk menuntut supaya hak perumahan mereka dijamin, iaitu perlunya rumah ganti sekiranya mereka terpaksa berpindah. Namun, Distinct Class Sdn Bhd enggan berunding dan cuba mengusir penduduk secara paksa.

Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh bertekad untuk mempertahankan kampung halaman mereka.

Boleh mengikuti perkembangan tentang perjuangan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh di laman FB Pertahankan Kg Permatang Tok Subuh.

Harap komrad semua, kawan-kawan boleh berikan sokongan, atau idea penyelesaian kepada perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh ini.

Julius Choo Chon Khai
AJK Pusat / AJK Pulau Pinang
Parti Sosialis Malaysia

Read more: http://www.sozpress.com/2016/02/lagi-kes-penduduk-kampung-dihalau-di.html#ixzz4w0gpiUr3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails