Tuesday, October 17, 2017

Etnik Rohingya Ketakutan, Kelaparan Selepas Lintasi Myanmar


REUTERS - SEBAHAGIAN pelarian Rohingya mengharungi sungai untuk melintasi sempadan di Palang Khali berhampiran Cox’s Bazar, Bangladesh semalam.
COX’S BAZAR – Beribu-ribu pelarian etnik Rohingya baharu kini dibelenggu ketakutan, kelaparan dan kemiskinan selepas mereka melintasi dari Myanmar ke sempadan Bangladesh di sini semalam.
Mereka terpaksa mengharungi sungai tercemar yang dalam bersama anak-anak kecil selain meredah hutan dan cuaca hujan yang melanda di wilayah Buthidaung, Myanmar sebelum tiba ke sempadan Bangladesh.
Dalam kejadian terkini, sekurang-kurangnya 10 orang mati lemas, manakala berpuluh-puluh orang hilang selepas sebuah bot yang sesak dengan etnik Rohingya terbalik ketika mereka melarikan diri ke sini selepas tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan etnik.
“Kami tidak boleh keluar dari rumah sejak bulan lalu kerana tentera Myanmar merompak penduduk. Mereka mula membakar beberapa perkampungan. Jadi, kami terpaksa melarikan diri ke perkampungan lain.
“Dari hari ke hari keadaan bertambah teruk, jadi kami mula berpindah ke Bangladesh. Sebelum kami keluar, saya cuba kembali semula untuk melihat rumah saya. Seluruh perkampungan musnah telah dibakar,” kata seorang penduduk Rohingya, Mohammad Shoaib, 29.
Mereka berjalan kaki untuk menyertai 536,000 Rohingya lain yang melarikan diri dari Myanmar sejak 25 Ogos lalu selepas pemberontak Rohingya melancarkan serangan menyebabkan tentera Myan­mar melancarkan tindakan balas.
Keadaan yang semakin tegang itu menyebabkan penduduk etnik Rohingya terpaksa melarikan diri apabila mereka turut mendakwa tentera Myanmar melakukan pembunuhan, rogol dan membakar beberapa perkampungan.
Pelarian baharu yang tiba di sini berkata, mereka kini dibelenggu kelaparan memandangkan pasar di negeri Rakhine, Myanmar telah tutup selain penghantaran bantuan turut dihalang. – Reuters
Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.





Haji Mat Sabu Kata Selepas Bola, Padang akan penuh, Tapi rupanya penuh dengan ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails