Sunday, October 15, 2017

Pesta Arak Oktoberfest ke-45 Berlangsung Di sini Malam Tadi.


GEORGE TOWN — Acara Oktoberfest ke-45 yang diharamkan di beberapa negeri, berlangsung di sini malam tadi.
Ketua menteri Lim Guan Eng berkata Pulau Pinang tidak melarangnya atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia kerana negeri ini “bukan negara Taliban”, lapor Malaysiakini.
“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang,” katanya.
Acara sama diharamkan di Selangor berikutan polis memberi alasan keselamatan manakala PAS dan Pemuda Bersatu membuat petisyen kepada kerajaan negeri untuk meneruskan larangan.
Menyedari suara tidak mesra di negeri lain, Lim gembira kerana masyarakat Jerman tidak berdepan “gangguan” dan dapat meraikan festival mereka bersama penduduk tempatan.
Beliau menyedari acara anjuran Persatuan Jerman Malaysia di Pulau Pinang itu mendapat reaksi “tidak mesra” di negeri lain. – MalayMail

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails