Monday, October 16, 2017

Khalid Ibrahim Takkan Ikut 3 Bekas MB S'gor Kecuali...

Hasil carian imej untuk khalid ibrahim

Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim
adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan tidak
berparti.
Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri
Pelabuhan Klang, Selangor bertanding di atas tiket Parti
Keadilan Rakyat. Wikipedia
Lahir14 Disember 1946 (umur 70), 
Jeram, Kuala Selangor, Malaysia




Video: Khalid takkan ikut 3 bekas MB S'gor kecuali...



4 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/02/ridhuan-tee-bawa-hujah-dap-anti-islam/

Ridhuan Tee bawa hujah DAP anti-Islam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.

Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.

“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.

“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.

Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

“Meskipun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegaskan bahawa: “Malaysia is not a secular state or theology nation. It is an Islamic nation, governed by Islamic tenets but adhering closely to democratic principles in line with the highest laws of the land, the Federal Constitution” – New Straits Times 28.8.2007.

“Kenapa DAP sangat benci kepada negara Islam? Apakah sikap ini tidak anti-Islam? Tidakkah kita sedar dengan perisytiharan tersebut telah menjadikan keadaan bukan Islam menjadi lebih baik?.

“Amat pelik sekali apabila ada Melayu yang begitu buta menyertai parti anti-Islam ini. Malahan memuji bahawa parti ini adalah terbaik untuknya,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/06/dap-pan-berhujah-bagaikan-manusia-jerami-ilmuwan/

DAP, PAN berhujah bagaikan ‘manusia jerami’: ILMUWAN

BANGI, 12 Ramadan 1438H, Rabu – Serangan parti rasis dan cauvinis DAP dan sekutunya, terutama pemimpin PAN, terhadap Pengarah MAPAN Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, hanya menepati hujah manusia jerami, yang menyuarakan persoalan untuk menutup kebenaran fakta dan dibawa dengan serangan karakter (character assasination).

Sehubungan itu, Ikatan Ilmuwan Nasional (ILMUWAN) menggesa pimpinan DAP dan sekutunya menjawab hujah akademik dengan hujah ilmiah yang setaraf dan sesuai dengan perjuangan kebebasan bersuara serta akademik yang mereka laungkan, supaya menjadi satu pendedahan baik kepada rakyat dalam mengurus perbezaan pendapat.

Presiden ILMUWAN, Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, sebagai payung kepada ahli-ahli akademik dan profesional tanah air yang istiqamah dalam membangunkan negara dan ummah secara holistik, pertubuhan itu berharap sebarang polemik tidak dikaitkan dengan sentimen perkauman, anti-Kristian dan non muslim yang sentiasa terjamin hak mereka disisi Perlembagaan Negara.

ILMUWAN, katanya, mengikuti dengan penuh prihatin polemik yang timbul apabila Dr Kamarul Zaman secara bersiri mengulas beberapa kenyataan pemimpin DAP yang begitu agresif menyerang kehendak umat Islam memperkasakan undang-undang syariah dengan alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang didakwa sekular dan terpisah daripada agama Islam.

“Namun, pada masa yang sama, Dr Kamarul Zaman berjaya mengemukakan fakta-fakta berupa rekod-rekod pandangan/ucapan pemimpin DAP sendiri yang aktif bercita-cita menjadikan impian politik mereka berakarkan agama Kristian Evangelis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Dr Kamarul Zaman sebagai ahli akademik berhujah berdasarkan fakta, terutama daripada sumber tulisan pemimpin DAP dalam buku autobiografi ‘Becoming Hannah,’ karangan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Selangor, Hannah Yeoh.

“Tujuan utama penulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff hanyalah mengupas secara akademik hipokrasi DAP yang sering melaungkan pemisahan agama daripada politik terutama dalam menentang Rang Undang-undang 355 berkaitan had hukuman syariah. Beliau bukan mempersoalkan kebebasan beragama untuk penganut kristian atau bimbang terpesongnya akidah umat Islam dengan membaca buku biografi itu.

“Namun, beliau diserang secara peribadi, diancam dengan laporan polis, saman, dicaci-maki dan dipersoal ijazah PhDnya dan institusinya, UUM, yang dikenali antara universiti terbaik rantau ini dalam bidang sains sosial.

“Serangan ini beliau hadapi berseorangan dan ditentang ramai pemimpin DAP dan sekutunya daripada Parti Amanah Negara, Pakatan Harapan serta aktivis-aktivis yang condong memperjuang liberalisme. Kupasan akademik Dr Kamarul Zaman yang sarat dengan fakta & rekod sepatutnya dibalas dengan hujah berfakta juga daripada DAP dan sekutunya,” katanya.

Dr Mohd Fuad berkata, ILMUWAN mendapati ia dibalas dengan serangan peribadi dan cuba dikaitkan pula, seolah-olah Dr Kamarul Zaman sebagai pembawa kebencian, anti-Kristian, perkauman, beragenda politik, diupah dan berbagai lagi nista.

Katanya, serangan peribadi seperti itu menunjukkan kegagalan DAP, PAN dan sekutunya membahaskan persoalan hipokrasi dan ketidakselarasan mereka mengikut budaya masyarakat sivil, kebebasan berbeza pendapat dan kebebasan akademik yang kononnya mereka perjuangkan.

“Serangan peribadi yang tidak berasas berserta dakwaan-dakwaan beliau anti non-muslim dan pemecah-belah ini amat tersasar daripada skop penghujahan akademik yang dialu-alukan oleh Dr Kamarul Zaman,” katanya

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/


“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”


BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

KOMENTAR MERAPU MERABAN DARI MR NOBODY TAK DA SEBAB DIA BUKAN PI TUNGGU KAT PADANG TIMOR KAT PJ TAPI DIA TUNGGU KAT PADANG BESAR PERLIS. HARAP2 ABUYA SIFOO PENANG TAMBAH DEDAK SAMA ITU NOBODY, APA BOLEH BUAT KHADAM2 ABUYA SIFOO MEMANG IQ KEMETOT. KAH KAH KAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails