Sunday, October 15, 2017

Himpunan Gagal, Amanah Salahkan Anak Muda -N/Ketua Pemuda PAS.


KOTA BHARU - Pakatan Harapan perlu menerima hakikat Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi dianjurkan mereka gagal capai sasaran dan bukannya menyalahkan anak muda.

Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu  bahawa anak muda lebih gemar demonstrasi jalanan berbanding mendengar ceramah disifatkan mengarut dan lebih bersifat menghasut.

Ahmad Fadhli berkata,  dengan pandangan sebegitu rupa jelas menampakkan Pakatan Harapan cuba mengalih  perhatian rakyat terhadap kegagalan himpunan tersebut dengan mengaitkan minat golongan muda.

"Hakikatnya, sekalipun kesemua parti dalam Pakatan Harapan bergabung untuk mengadakan himpunan anti kleptokrasi itu, ia masih gagal untuk menyaingi himpunan Fastaqim yang dianjurkan oleh Pas dua minggu lepas.

“Ia menandakan rakyat semakin tidak mempercayai Pakatan Harapan bukan sahaja untuk menyaingi Barisan Nasional bahkan untuk menentang Pas di dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Di pihak Pemuda Pas, kami terus bertegas untuk menolak kedua-dua pihak ini iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Tolak Kleptrokasi, kuburkan Pakatan Harapan,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam penganjur himpunan yang diadakan di Padang Timur itu mengakui perhimpunan mereka kurang mendapat sambutan disebabkan generasi muda kurang berminat untuk menghadiri program berbentuk ceramah.

Di awal penganjurannya, Pakatan Harapan menyasarkan 100,000 penyokong berhimpun namun bagaimanapun berdasarkan statistik pihak berkuasa dari jam 4 petang hingga 11 malam itu hanya sekitar 4,000 orang sahaja.

Sejurus tamatnya perhimpunan berkenaan Mohamad juga menyatakan hasrat untuk menganjurkan satu demonstrasi jalanan iaitu Hari Marah Rakyat, menjelang  pilihan raya umum nanti yang belum ditetapkan tarikhnya. (TKO)

Lihat juga artikel ini...
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah/Sarawak memberi maklumat lengkap.







Haji Mat Sabu Kata Selepas Bola, Padang akan penuh, Tapi rupanya penuh dengan ini

Pengarah Sekretariat Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’, Mohamad Sabu menyifatkan kurangnya penyertaan belia pada himpunan itu berkemungkinan kerana adanya perlawanan bola sepak pada malam ini. Mat Sabu Kata sebelah malam nanti mereka akan hadir.


Rupanya bila masuk sebelah malam, DEMO KLEPTOKRASI JADI "PADANG MAKSIAT"

2 comments:

Anonymous said...

Tak kan sebab gambar makluk ni, boleh jadi himpunan baik jadi jahat? Propaganda guna satu gambar memadamkan semua kebaikan? Profesional sikit, jangan gunakan kaedah UMNO dalam perjuangan PAS. Yang pasti himpunan Fastaqim lebih baik tetapi kita jangan menghina himpunan yang lain, biar rakyat sahaja nilaikan. Kita kena matang dalam mendekati rakyat.

Anonymous said...

Terimalah hakikat, begitulah cara hidup penyokong-penyokong demo kamu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails