Friday, October 20, 2017

Jutawan Meningkat, Komunis Tak Ikut Agamanya Lagi?



BEIJING  – Jumlah penduduk China yang mencapai taraf jutawan dilaporkan meningkat secara mendadak pada tahun ini.
Menurut portal Asiaone yang memetik laporan berkaitan, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, seramai 1.34 juta penduduk disenaraikan sebagai individu terkaya.
Jumlah tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 10.7 peratus atau 130,000 orang berbanding tahun lalu.
Perkara itu dinyatakan menerusi laporan ‘Menuju ke Era Globalisasi: Trend Individu Berpendapatan Tinggi di China 2016’ yang diterbitkan Institut Penyelidikan Hurun serta syarikat perbankan persendirian, China CITIC Bank.
2016 Lahirkan Paling Ramai Jutawan 2016 Lahirkan Paling Ramai Jutawan
China : Hapus Dasar Seorang Anak  China : Hapus Dasar Seorang Anak

Laporan sama menyebut, antara golongan yang tersenarai termasuk ahli perniagaan, golongan profesional atau pekerja ‘berkolar emas’, pelabur hartanah dan pelabur saham.



Dalam laporan itu, seba­nyak 80.3 peratus daripada kalangan jutawan terbabit dikatakan melabur dalam portfolio kewangan luar negara dengan menyasarkan peruntukan aset serta kepelbagaian risiko.
Sebanyak 67.4 peratus lagi mengutamakan perlindungan dan pertambahan aset manakala kira-kira 37.1 peratus pula membuat persediaan awal untuk anak-anak mereka menyambung pengajian di luar negara.
Dari segi trend pelaburan, kebanyakan jutawan di China gemar menjalankan urus niaga melibatkan produk yang stabil pungutan dividennya terma­suk deposit mata wang asing, diikuti oleh perakauan, insu­rans dan saham.
Kebanyakan golongan itu gemar ke luar negara terma­suk untuk tujuan melancong, membeli belah, pendidikan, perniagaan, pelaburan dan per­ubatan kosmetik.
Jutawan-jutawan yang terlibat dengan hartanah pula secara puratanya memiliki sekurang-kurangnya dua kediaman di luar negara dengan 74.9 peratus digunakan untuk tujuan pelaburan manakala 56.4 peratus pula untuk anak-anak.
Jika dibandingkan mengikut wilayah, Guangdong memiliki jumlah jutawan teramai iaitu 240,000 orang dengan nilai aset keseluruhan melebihi 10 juta yuan (RM6.47 juta) diikuti oleh Beijing, Shanghai dan Zhejiang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah komunis pun sedang terbelah? 

Satu komunis jutawan ala kapitalis yang hidup menyangkul di atas belakang rakyat miskin. Atau  yang hanya tradisional dalam kemiskinan, tak mampu menghirup kebebasan. Ini yang puak-puak komunis dan sosialis di Malaysia banggakan sangat? 

IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

3 comments:

Anonymous said...

https://utaranews.wordpress.com/2016/12/14/23-buah-kampung-lenyap-selepas-dap-perintah-pulau-pinang/

23 Buah Kampung Lenyap Selepas DAP Perintah Pulau Pinang!

Sangat tragis… Kekejaman yang dilakukan oleh rejim DAP Pulau Pinang nampaknya lagi dahsyat daripada rejim Israel! Cuba korang bayangkan bagaimana kejamnya DAP… Hanya dalam tempoh dua penggal sahaja, sebanyak 23 buah kampung telah dilenyapkan dari Pulau Pinang.

Hati mana yang tidak sakit apabila kampung yang dihuni mereka sejak zaman nenek moyang lagi, tiba-tiba lenyap dek kerakusan dan kekejaman DAP. Sedih bercampur kecewa… Pemerintahan yang dipilih rakyat dahulu, rupa-rupanya kini sedang menindas mereka.

Bukan sikit bebb! 23 buah kampung kot! Habis orang Pulau Pinang hidup merempat setelah dihalau dari tempat tinggal mereka sendiri. DAP Pulau Pinang bertindak merampas perkampungan orang Melayu di Pulau Pinang dengan alasan nak buat pembangunan.

Majoriti yang paling banyak perkampungan dirampas adalah milik orang Melayu… Hanya segelintir perkampungan Cina dan India sahaja dirampas dan ditindas. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sangat kejam!

Langsung tidak menghormati orang Melayu di Pulau Pinang! Orang melayu diusir! Orang India ditindas! Malah orang Cina juga ada yang dihalau, walaupun kuantitinya hanya sedikit sahaja yang ditindas. Apa yang tinggal bagi mereka hanyalah orang-orang yang di tindas di Pulau Pinang.

Antara Kampung (Kg) yang telah lenyap di Pulau Pinang adalah Kg Permatang Tok Suboh, Kg Buah Pala, Kg Pokok Assam, Kg Dodol, Kg Binjal, Kg Batu Uban, Kg Tanjung Tokong, Kg Bagan Dalam, Kg Permatang Tepi Laut, Kg Pulau Jelutong Batu Maung dan Kg Lima Kongsi.

Saki baki kampung yang telah dilenyapkan adalah Kg Teluk Kumbar, Kg Dalca, Kg Sungai Nobong Kechil, Kg Tengah, Kg Terang, Kg Pondok Upeh, Kg Padang Benggali, Kg Gagah, Kg Nelayan, Kg Selut, Kg Siam, dan Kg Mutiara di Batu Feringgi.

Baru dua penggal je Lim Guan Eng memerintah dan berkuasa di Pulau Pinang tetapi sebanyak 23 buah kampung telah dihapuskannya. Agak korang, kalau makin lama Guan Eng memerintah… Apa lagi yang bakal dihapuskannya?? Adakah rakyat Pulau Pinang akan membiarkan Guan Eng terus melakukan kekejaman sedemikian?? – TiraGomez/UtaraNews

Anonymous said...

Jauhilah dari PH, kerana mereka adalah bapa penindas dan kleptokrasi apabila tanpa segan silu menghalau penduduk2 kampung di Penang. Jika kamu menyokong PH di Pantai Timur bermakna kamu redha orang2 kampung di Pantai Timur pula akan dihalau bila mereka berkuasa

Anonymous said...

Pada zaman British, semua kedai di situ dipunyai orang Acheh. Berpuluh Tahun BN perintah Penang, apa jadi dengan Jalan Acheh yang di gazette oleh British sebagai Malays Quarter?

Sekarang siapa yang tingggal di sana? Mana pergi orang Acheh yang berniaga dan memileki kedai2 di situ? Kalau Tanah mereka dirampas, Apa UMNO buat? UMNO kan pemerintah Negara pada masa itu?

Cher siasat, orang Acheh dan Mamak yang duduk di Seberang Jaya dan Juru itu datang dari Mana? Mana kampong mereka dulu? Kenapa mereka berpindah ke situ?

Sg Petani dan Kulim juga jadi macam Penang satu hari nanti. Melayu terus diasak ke ghetto Melayu dipinggir Bandar. Yang lemah semangat dan tiada daya saing, ramai2 pakat balik kampong di Baling atau Yan atau Selama atau Kuala Ketil.

Gua Musang dan Kertih pun dah akan jadi Penang satu hari nanti! Itu kerja siapa?

Sedarlah Pak Lebai dan UMNO. MELAYU ITU MISKIN dan TIADA PENDIDIKAN.

Pendidikan Cara UMNO dan Tahfiz gagal menjadi Melayu itu produktif, maju, berdaya saing dan innovative. Habis sekolah, Melayu diajar untuk kerja buruh Kilang. Gaji kecil, hidup Kais Pagi Makan Pagi. Nak bayar sewa rumah pun miss.

Teruskan Melayu. Salah sana sini. Salah dan DOSA sendiri tak sedar. Patutlah Melayu terus LAYU.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails