Thursday, October 19, 2017

Kecoh Selepas Gesel Kereta Penghuni Flat, Lagi Mabuk Punya Hal..




Rakaman video kekecohan melibatkan sekumpulan lelaki berbangsa India dengan penduduk Perumahan Awam (PA) Seri Perak, Bandar Baru Sentul tular di laman sosial, sejak semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Erziati Erni memuat naik rakaman video dan beberapa keping gambar di laman Facebooknya mendakwa kejadian berlaku selepas kumpulan lelaki berkenaan yang mabuk bertindak memaki hamun dia kerana meletakkan kereta di laluan sekitar perumahan tersebut.
Dakwa mangsa, dia yang datang untuk mengambil anaknya di rumah abang iparnya cuba untuk mengalihkan kereta sekiranya menghalang laluan kereta kumpulan berkenaan, namun lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Hilux bertindak menggesel keretanya.
“Tapi bila manusia tak normal (mabuk) benda boleh settle cara baik pun boleh jadi besar… dia cuba keluar dari simpang dan gesel kereta saya. Saya hanya buka tingkap cakap, ‘kalau tak lepas, bagi saya alihkan kereta dulu’.
“Tapi dia maki-maki, hamun-hamun saya kata saya perempuan bodoh sebab park situ sedangkan saya ada dalam kereta menunggu anak-anak saya turun dari rumah abag ipar,” demikian kata Erziati Erni di entrinya, pada Rabu.
Erziati menambah keadaan menjadi semakin kecoh apabila seorang lelaki berbaju hitam dipercayai salah seorang geng berkenaan bertindak merakam video dan nombor plat keretanya dan menggugut mahu menularkan rakaman tersebut serta berkali-kali memanggilnya ‘perempuan bodoh’.
“Saya tegur (lelaki baju hitam) kata, ‘saya tak cakap pun awak bodoh, takpe cakap lah apa awak nak cakap saya cuma nak ambil gambar nombor plat kereta awak je…’
“Mula dari itu dia rasa tercabar dan turun (dari kereta) seorang lagi lelaki berbaju biru turut provok saya dan mengugut untuk viralkan muka dan nombor kereta saya,” katanya.
Disebabkan situasi semakin tegang dan bimbang keselamatan mangsa, abang ipar Erziati datang membantu dan berlaku pergaduhan antara mereka.
Mujurlah, pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh orang awam. Namun, Erziati mendakwa sebelum kumpulan lelaki berkenaan beredar dari tempat kejadian, suspek berbaju hitam bertindak menyembur pemadam api ke arah orang ramai yang berada di situ.
Berdasarkan rakaman video berdurasi dua minit 49 saat, beberapa lelaki dilihat cuba meleraikan pergelutan antara lelaki berbaju biru (mabuk) dengan abang ipar mangsa.
Kedengaran lelaki berbaju biru itu mendakwa dia sudah menetap di kawasan tersebut lebih 30 tahun.
Berlaku pertengkaran mulut antara mereka dan tarik menarik sehingga sehingga hampir berlaku pergaduhan namun berjaya dileraikan oleh orang awam, yang mengarahkan kumpulan lelaki berkenaan beredar dari tempat kejadian.
Difahamkan, selain kereta mangsa, sebuah lagi kereta dipercayai milik penghuni kawasan perumahan tersebut turut dilanggar oleh suspek.
Susulan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
Rakaman video yang sehingga kini mendapat tontonan lebih 100,000 kali dan dikongsi 945 pengguna Facebook menerima reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.
Rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa berhubung insiden tersebut dan berharap mana-mana pihak tidak mengaitkan kejadian tersebut dengan unsur perkauman.
“Sangat memalukan… kerana ‘hantu-hantu’ ini seluruh kaum (bangsa India) dipersalahkan dan dilabelkan. Saya harap awak tiada apa-apa,” tulis pengguna Facebook Rhea Laetishia. – mD


Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Arak ialah alkohol dalam bentuk  “ethyl alcohol “ dan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau “yeast cells”  yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian.

Hukum mengambil atau meminum arak adalah haram dalam Islam. Dalam surah al- Maidah Allah telah menjelaskan, maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya. ( Al-Maidah (5):90)


IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails