Sunday, October 15, 2017

Himpunan Sayangi M'sia Meleset Dari Sasaran..




Himpunan anjuran PH akhirnya melabuhkan tirai pada pukul 11.00 malam.
Penganjur umumkan kehadiran seramai 25,000 orang manakala Malaysiakini anggarkan jumlah paling tinggi seramai 8,000 orang.



Untuk hapuskan kleptokrasi perlukan ikon yang dilihat bersih daripada kleptokrasi. Rekod Dr Mahathir selama menjadi PM telah terbukti keburukannya, bukan boleh dilupakan begitu sahaja.

Sewaktu Anwar Ibrahim menggerak massa menentang Dr Mahathir di atas isu korupsi, nepotisme dan kronisme satu ketika dahulu, rakyat telah didedahkan dengan pelbagai kesalahan dan keburukan atas tindakan beliau. Sebahagian daripada kita yang berjuang pada waktu itu masih belum lupa.

Najib, UMNO dan BN mesti kita jatuhkan tetapi bukanlah Dr Mahathir menjadi ikonnya kerana tidak banyak bezanya Dr Mahathir jika dibandingkan dengan Najib.

Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
#gagasansejahtera
#sejahterabersamaislam


Himpunan anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) berlangsung hari ini dengan mengambil slogan antikleptokrasi – Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi – bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.
Himpunan berkenaan adalah susulan reaksi terhadap saman sivil terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan isu 1MDB selain merupakan langkah pemimpin HARAPAN memberi kefahaman kepada orang ramai berkenaan skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perhimpunan itu akan dihadiri oleh pemimpin dari parti komponen HARAPAN iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan. Himpunan itu dijangka bermula pukul 4 petang ini sehingga lewat malam. - Malaysiakini .

 ORANG ramai yang hadir di Perhimpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi di Padang Timur MBPJ. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali




Tetapi Menurut BH Online, kehadiran peserta himpunan yang sedang berlangsung di Padang Timur di sini, jauh berkurangan daripada sasaran awal penganjur yang menyasarkan 100,000 hadirin.
Setakat jam 7.30 malam, jumlah kehadiran dianggarkan kurang daripada 4,000 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan Harapan, selain orang awam. (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Appara...
Pembangkang kondem pembangkang.
Kerajaan yg skarang memerintah berdendang...!

Umpama Hamas-Fatah bergasak.
Israel dok rileks...

Anonymous said...

Selama2nya rela duduk di bawah utk dipijak2.
Merungut2 semula.
Kitaran diulang & diulang & diulang & diulang....

Patutnya, pikirkan cara utk diri sendiri pulak yang membentuk kerajaan & memerintah...!

Anonymous said...

Dua pemimpin diatas tu Hamas(Kit Siang) dengan Fatah (Dr M) ke?

Pergi la belajar politik lagi, singkat sangat kepala otak selut kamu. hehe

Anonymous said...


Barang antik tempatnya di muzium.


Anonymous said...

Kalau ikut kajian sebelum ini, kehadiran ramai pada mana-mana program PAS tidak menentukan PAS akan menang banyak kerusi parlimen. Contoh paling ketara adalah H30K di Kedah yang mana PAS kehilangan Kedah sedangkan ketika itu PAS adalah kerajaan. Manakala himpunan DAP yang tidak sambutan dibuat PJ sebelum PRU13 telah menghasilkan kemenangan 38 kerusi parlimen berbanding PAS yang hanya mendapat 27 kerusi parlimen. Jadi kita jangan membandingkan kehadiran pendengar dalam sesebuah program tetapi harus menarik mengundi dengan isu-isu yang dekat dengan mereka. Pemimpin-pemimpin PAS harus matang dan tidak terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan media dan provokasi dari mana-mana parti lawan. Jangan terlalu sibuk menyerang peribadi dan menayangkan kekuatan dengan angkuh. Sebaliknya lebih mementingkan pendekatan yang lebih harmoni dan mesra dengan sesiapa jua.

Anonymous said...

Jika PAS boleh menjalinkan hubangan mesra bersama UMNO dan BN sepatutnya PAS juga harus mesra dengan parti-parti pembangkang lain seperti Amanah, PKR dan DAP. Dengan itu PAS akan lebih dihormati berbanding parti-parti lawan. Jika perkara ini boleh dilaksanakan, PAS akan lebih mendahului dari parti-parti lain. Pendekatan mesra dan matang ini adalah dasar PAS sekarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails