Thursday, March 02, 2017

Pada Mereka Dr Zakir Naik, Ancam Keselamatan Negara.



KUALA LUMPUR: Seramai 19 rakyat Malaysia telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Mereka yang lain termasuklah aktivis Dr Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) Sabah dan peguam Siti Zabedah Kassim.

Mereka membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Dr Zakir adalah satu ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.

Mereka juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Dr Zakir adalah ancaman kepada perpaduan negara dan keamanan berbilang kaum di Malaysia.

Dalam dokumen mahkamah, plaintif memohon perintah mahkamah untuk segera membatalkan status Dr Zakir sebagai seorang pemastautin tetap jika ia telah diberikan kepadanya.

Bercakap kepada pemberita di Kompleks Mahkamah di sini pada Rabu, Waytha, yang juga seorang peguam, berkata beliau telah mengesahkan afidavit mengenai hasrat mereka untuk memfailkan tindakan itu dengan berkata alasan utama mereka adalah isu keselamatan negara.

"Kami percaya bahawa dia masih di sini dan telah diberikan status pemastautin tetap di Malaysia," kata Waytha, sambil menambah pihak berkuasa tidak memberi respons terhadap surat mereka yang bertanyakan tentang status dan di mana Dr Zakir berada.

Saman pemula difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam mereka S. Karthigesan.

Plaintif memohon kepada mahkamah untuk segera mengusir Dr Zakir dan untuk mendapat satu perintah sekatan bagi menghalang beliau daripada memasuki Malaysia sebagai pelancong atau melalui apa-apa cara lain.

Mereka mahu perintah mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menangkap Dr Zakir serta-merta.

Antara lain, mereka dalam alasan yang diberikan menyatakan bahawa Dr Zakir adalah orang yang berbahaya yang boleh menjejaskan perpaduan negara, toleransi dan hubungan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Plaintif menamakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jabatan Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.

Salah seorang plaintif, Asiah Abd Jalil, berkata beliau sebagai orang Islam bimbang dengan ceramah Dr Zakir, sambil menambah Islam tidak mengajar seseorang untuk memperkecilkan budaya dan agama orang lain.

Peguam Siti Zabedah berkata tindakan memfailkan permohonan bagi menegakkan ajaran Islam. (mStar)

3 comments:

Anonymous said...

PAN tak berani kata apa2 kerana bagi PAN yg suci hanya DAP

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/04/gelar-dr-zakir-naik-setan-dap-serlah-wajah-sebenar-musuhi-islam/

Gelar Dr Zakir Naik ‘Setan’, DAP Serlah Wajah Sebenar Musuhi Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Tindakan Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’ telah menunjukkan sikap dan wajah sebenar parti itu yang sangat memusuhi Islam.

Menyifatkannya sebagai terlalu keterlaluan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Omar Kassim berkata, beliau pelik dengan tindakan orang bukan Islam termasuk Ramasamy yang beria-ia menghalang Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ceramahnya di negara ini.

“Seperti Ramasamy, dalam status Facebooknya mengatakan ‘peace loving Malaysian’. Mana yang ‘peace loving’nya. Apa hak dia nak panggil orang ‘setan’. Nampak tak ada agenda jahat di situ. Bila tidak mengganggu kepentingan mereka, mereka sanggup berpeluk mesra dan tertawa bersama.

“Tapi bila bertembung, mereka menampilkan wajah sebenar. Orang seperti ini tak layak dapat satu undi dari mana-mana Muslim, bahkan tak layak dapat sokongan dari mana-mana kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ramasamy di Facebooknya dengan ayat ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Ramasamy juga turut menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam. Ini berikutan Dr Zakir dijadualkan berada di Terengganu selama lima hari untuk menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Susulan itu Ustaz Omar berkata, sepatutnya kita semua orang Islam tidak lagi boleh mempercayai dan memberi muka kepada orang seperti itu, termasuk konco-konco dalam parti mereka.

“Dia telah mencampuri urusan umat Islam. Siapa dia mahu halang pendakwah Islam masuk ke negara ini?

“Hakikatnya, mereka sebenarnya takut dengan hujah kuat Dr Zakir tentang kebenaran Islam, sebagaimana takutnya Quraisy kepada Rasulullah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai pula menyeru kepada semua pihak termasuk ahli pilitik Islam untuk sama-sama mempertahankan Dr Zakir Naik.

“Apakah para politikus Muslim sanggup melihat saudara seIslam seperti Dr Zakir Naik dihina sebegini?

“Adakah ini apa yang anda sebagai seorang ahli akademik anjurkan dan ajarkan dengan mengelar orang lain sebagai “Satan” dan kemudian edit status anda?

“Baling batu sembunyi tangan… Akan adakah ahli partinya yang beragama Islam berani menegur keceluparan beliau secara terbuka dan mempertahankan maruah saudara Muslim yang lain?,” soalnya.

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan liberal yang bersikpa perkauman dan biadap telah menghina Perlembagaan Malaysia perkara 3(1) apabila mereka menghina, memfitnah dan menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran agama Islam. Bukti terbaru ialah musuh-musuh Islam sedang bekerjasama memfitnah Dr Zakir Naik untuk menghalang beliau dari melaksanakan program dakwah Islam untuk umat Islam di negara ini.

Marilah kita semua membuat laporan polis kerana tindakan musuh Islam menghina Islam ini boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini. Adakah pihak berkuasa dan musuh Islam mahu melihat umat Islam keluar beramai-ramai di jalanraya mengutuk musuh Islam dan ahli politik yang melindungi musuh Islam ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails