Thursday, March 30, 2017

'Hina Tok Lebai' Azmin Mula, DAP Sambung. Hukum Mereka!


ADUN DAP Hina Tok Lebai, Kecoh Sidang DUN Selangor

SHAH ALAM – Seorang ADUN DAP sengaja cari pasal dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan menggunakan perkataan ‘Tok Lebai’ yang menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini.

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahas usul junjung kasih titah Sultan Selangor, menyebut ‘Tok Lebai’ merujuk individu tertentu konon menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit.
Beliau dengan biadap menegur ‘Tok Lebai’ tersebut dalam ucapannya berkaitan rasuah dan penyelewengan sambil menggesa Selangor menjadikan pengisytiharaan aset secara terbuka sebagai kehendak mandatori undang-undang.
“Masalah rasuah bukan calang-calang isu. Persepsi rasuah adalah serius dan mungkin menjejaskan iklim pelaburan kepada negara, akibat pentadbiran kewangan yang agak lemah displin dan sarat dengan penyelewengan.
“Ada ‘Tok Lebai’ di dalam dewan ini mengatakan isu 1MDB sudah lapuk,” kata Weng San secara umum tanpa menamakan mana-mana individu daripada parti tertentu namun jika difahami ia boleh merujuk kepada PAS.
Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur ucapan wakil DAP itu untuk tidak menggunakan perkataan tersebut lagi sebab panggilan rujukan sedemikian seolah-olah hina agama Islam.
“Sebut dua hingga tiga kali ‘Tok Lebai’, apa maksud ‘Tok Lebai’? Apakah mahu hina agama Islam atau tuju kepada siapa? Ulama? Ahli majlis fatwa? Itu imej yang baik untuk orang Islam. Tarik balik perkataan itu,” kata Sulaiman.
Wakil BN itu menambah: “Dalam agama Islam, ‘Tok Lebai’ sering dirujuk kepada tokoh agamawan, selain ahli cendekiawan dalam bidang hal ehwal agama dan paling tidak pun Tok Imam di kebanyakan surau atau masjid.”
Namun, Weng San dengan angkuh bertegas tetap enggan menerima teguran baik daripada Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan tegang ‘bertikam lidah’ ketika sesi perbahasan tersebut.
Timbalan Speaker DUN, Mohd. Shafie Ngah (PAS-Bangi) bersetuju dengan Sulaiman dan meminta Weng San agar segera menghentikan penggunaan gelaran Tok Lebai itu dalam ucapannya sebelum meneruskan perbahasan.
Weng San kemudian akur dan kemudian meminta maaf jika tindakan tersebut mungkin menyinggung perasaan umat Islam: “Saya mohon maaf sekiranya perkataan ‘Tok Lebai’ menyinggung perasaan mana-mana pihak.”
Ditemui di luar DUN, Sulaiman berkata, penggunaan gelaran ‘Tok Lebai’ oleh ADUN DAP dalam ucapan yang dianggap “tidak ada haluan” itu sudah dianggap keterlaluan serta boleh menghina maruah masyarakat Islam.
“Saya nak tegur DAP yang guna perkataan ‘Tok Lebai’. Dalam agama Islam, dan kadang-kadang orang Melayu, ‘Tok Lebai’ merujuk agamawan, iaitu orang dihormati sebagai guru agama, ahli agama, paling tidak pun tok imam.
“Tetapi apabila dia guna bidasan ‘Tok Lebai’ dengan hujah yang saya rasa dia sendiri pun tiada haluan, ini jelas satu bentuk penghinaan kepada orang Islam,” terang Sulaiman yang juga terkejut dengan tindakan Weng San itu.
Istilah ‘Tok Lebai’ mula menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitternya baru-baru ini merujuk seorang individu sebagai ‘Tok Lebai’ yang bercita-cita hendak menawan Selangor.
“Ada Tok Lebai hendak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun dia kalah tersungkur,”kata sinis Timbalan Presiden PKR itu yang kemudian teruk dikecam oleh pelbagai pemimpin PAS Selangor dan Pusat sebagai tidak wajar.
Ia nyata merujuk kepada Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang diketahui lantang kritik PKR tetapi kalah dalam pemilihan jawatan parti di satu kawasan di Kelantan. – Agensi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Umat Islam perlu menghukum Azmin dan PKR bersama DAP dalam PRU 14 akan datang.
Lihat sebelum ini..


8 comments:

Anonymous said...

Ala lobai...
Kalau dh betul apa salahnye.
Ngaku aje le

Dulu masa kecil atuk aku ada banyak cerita2 melayu.
Antaranya cerita Pak Pandir dan..
Cerita LEBAI MALANG.

Ha..ha..ha..ha..

RUPANYE MELAYU DULU2 PUN HINA MELAYU ISLAM YE.

ha...ha...ha...ha...ha



Anonymous said...

Baru sebentar dapat makluman bahawa Najib tidak akan bentangkan RUU355. Pejuang Islam dalam PAS serata negara mengatakan tidak apa- aspirasi Islam PAS tetap membara. Apa yang mereka boleh kata?
Mereka boleh lah kata apa sahaja yang mereka mahu untuk mengubat hati nan luka. Fakta nya, ialah PAS sudah ditipu lagi oleh UMNO. PAS boleh terus berkata yang kena tipu bukan orang PAS tapi semua umat Islam di Malaysia.
Mungkin PAS tidak dengar agaknya, PAS tidaklah mewakili semua umat Islam di Malaysia. Bukan semua orang Islam percayakan PAS dan ada sebahagian besar orang Melayu, menerima bahawa ada cara lain memuliakan Islam.
Itu karakter Najib yang sebenar. Mengapa PAS tidak mahu belajar karakter Najib dari skendel 1MDB? Mungkin pemimpin PAS dalam parlimen tidak faham isu ini. Atau tidak peduli. Bukankah nampak jelas dari 1MDB- Najib ialah seorang yang tidak amanah, suka berbohong, bersubahat dengan Jho Low untuk mencuri wang dari 1MDB dan sifat2 keji yang lain? Namun PAS merasakan boleh berkawan dengan orang yang seperti ini.

Anonymous said...

Nak tahu lobai2 ni bijak atau bangang dlm politik tengok lah apa yg berlaku kini.
Sanggup banyak kali kena kencing dgn umno.
Membodohkan pengundi2 menggunakan lobai di kepala.


Anonymous said...

Adun Permatang ni keturunan Lebai Malang. Sbb tu meracau tak tentu pasal.

Anonymous said...

Ala... ada lobai yang mencarut, fitnah all tu bagaimana? Lobai... lobai...

Anonymous said...

Parti-parti liberal ternakan roket dan pemimpin-pemimpin kafir harbi roket mempunyai persamaan yang jelas iaitu mereka bekerjasama untuk menghina, memfitnah dan memusuhi ajaran Islam, pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik, mufti seperti mufti Phg dan ulama Islam seperti TGHH, parti Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

Maka kita tidak merasa hairan melihat pemimpin-pemimpin kafir harbi roket berani menghina, memfitnah dan memusuhi agama Islam dan umat Islam secara terbuka sebab pemimpin-pemimpin liberal yang mendakwa beragama 'Islam' menjadi balaci sifu roket.

Pemimpin-pemimpin liberal munafik mewarisi kelakuan buruk pemimpin-pemimpin roket ! Bapa borek anak rintik !

Penyakit hati hitam berkarat ini juga diwarisi oleh balaci-balaci kafir harbi dan barua-barua liberal yang sentiasa menulis pelbagai komen-komen untuk memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam dan pendakwah Islam dan menghina umat Islam.

Anonymous said...

Ketua lebai munafik PA$ dah lama kena tendang dgn rakyat Terengganu.

Adakah tuang presideng munafik kaki ponteng, MB sepenggal ditendang oleh puak2 sekular dan liberal roket di Terengganu?. Walaun biol kesipuan.kah kah kah

Anonymous said...

Paspispusssy memang parti tong taik ....Bodoh bertingket tingket sejak tiada arwah tgna...Pas yang tinggal sekarang hanya hampasss...Elok ler kena perbodoh dek umno ...Pas for All dah jadi pas for Dumbno....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails