Saturday, June 04, 2016

Tahaluf Siyasi Dengan PKR Masih Diteruskan, Akan Diteliti M/Syura - PAS

Post Pic
PENGKALAN CHEPA: Tahaluf siyasi diantara PAS dengan PKR masih diteruskan kerana usul yang diluluskan oleh Dewan Muslimat PAS beberapa hari lalu, hanyalah daripada 'rasa tidak puas hati' dan ia tidak menyeluruh.

Ujar Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, usul itu lebih kepada pandangan Dewan Muslimat dan ia akan diteliti dan dikaji oleh Majlis Syura Ulama.
    
"Itu pandangan dari muslimat, kita akan tengok. Kita beri kepada (Majlis) Syura, akan teliti daripada pro dan kontranya. Tapi saya optimistik ia (hubungan) masih terus. 
"Banyak perkara yang mereka (Muslimat) masih tak tahu banyak. Mungkin ada pihak yang tak puas hati, tapi ini hanya minor (kecil), bukan masalah besar, hanya masalah kecil.
"(Mereka Muslimat) tak tahu banyak perkara, dia tengok begitu saja. Kita akan lihat keseluruhan," katanya kepada pemberita sambil menambah, hubungan dengan PKR mempunyai lebih banyak kesan positif berbanding sebaliknya.

Ketika ditanya sama ada wujud kebimbangan bersabit kelulusan usul oleh Dewan Muslimat itu akan merenggangkan hubungan dengan PKR, ujar Mustafa, beliau yakin rakan tahaluf PAS itu akan memahami situasi berkenaan.  

"Tak ada apa, saya rasa mereka (PKR) faham ia usul Muslimat saja. Bukan keputusan muktamar pusat," katanya. 

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul Dewan Muslimat itu bukan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi sebagaimana yang pernah diluluskan Muktamar sebelum ini yang melibatkan DAP.

Sebaliknya ujar Takiyuddin, ia adalah untuk penambahbaikan hubungan dengan rakan tahaluf mereka itu.  

"Ada usul beberapa pihak, kawasan dan dewan adalah supaya PAS pusat merujukkan isu mengenai hubungan tahaluf siyasi dengan PKR kepada Majlis Syura untuk buat kajian, bukan ke arah putuskan. Bagi kita ia ke arah menambah baikkan
"Kita lihat ada perkara yang tidak jelas dan sebagainya (dalam usul itu), (jadi ia diusulkan) untuk kajian itu. Apa bentuk hubungan sekarang ini yang kita rasa perlu diperbaiki, kita ambil dari sudut positif," katanya. 

Menurut Antarapos. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Salam Semua,

Dato Mustafa Ali masa penamaan calon duduk dengan pemimpin UMNO!!!

Saya tak kata tak boleh Islam kan agama persaudaraan!!!

Cuma kenapa tak boleh duduk dengan orang lain???

Persaudaraan terpilih ke???

Parti ajar ke???

YANG PASTI ISLAM TAK AJAR!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails