Monday, May 30, 2016

PRK: 3 Penjuru Beri Kelebihan Pada BN -Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed

PRK Sungai Besar

SHAH ALAM - Penganalisis politik meramalkan pilihan raya kecil (PRK) akan memberi kelebihan kepada BN sekiranya berlakunya pertandingan tiga penjuru.


Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, perkara ini terjadi kerana parti pembangkang iaitu Pas dan Pakatan Harapan (PKR, Amanah, DAP), sekiranya bertanding akan berusaha meraih undi yang sama daripada penyokong pembangkang.

"Pertarungan dalam PRK  ini bergantung kepada sama ada satu lawan satu atau tiga penjuru...Jika satu lawan satu pasti akan sengit namun jika tiga penjuru maka kelebihan akan memihak kepada BN.

"Ini kerana jika tiga penjuru Pas dan Pakatan Harapan akan berusaha untuk meraih simpati pengundi yang sama menyokong pakatan harapan sebelum ini.. Jadi ini akan menyebabkan situasi menjadi sukar untuk mereka kerana masing-masing ingin membuktikan mereka masih relevan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.
"Dan undi pembangkang akan berpecah kepada parti-parti iaitu Pas dan (Amanah,PKR) manakala undi untuk BN akan tetap kekal seperti sebelum ini. Jadi kelebihan akan memihak BN," katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga mengakui perkara sama, pertandingan tiga penjuru akan memudahkan BN.
 "Di sungai Besar dan Kuala Kangsar BN, perlu memastikan jentera parti mampu tangani sentimen calon yang tidak dipilih, cuba menangani isu lokal...isu nasional dirasionalkan, dan memastikan jentera BN bersepadu, sekiranya ini diambil kira pertandingan tiga penjuru itu akan memberi kelebihan kepada BN...BN hanya perlu pastikan perkara ini sahaja.
"Berbalik kepada pertandingan tiga penjuru itu, pemilih akan melihat pembangkang tidak berupaya untuk bekerjasama...perselisihan yang masih berterusan, perkara-perkara ini boleh memberi impak kepada pembangkang," katanya.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar setakat ini menampilkan satu lawan antara calon Pas dan BN, dimana PRK Kuala Kangsar menampilkan balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid (BN) menentang Ketua Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad, sementara PRK Sungai Besar pula menampilkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman daripada Pas menentang Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

Namunpun begitu, Pakatan Harapan telah menyatakan hasrat untuk turut masuk gelengang dalam PRK tersebut.

PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun. (SH)

6 comments:

Anonymous said...

PAN Adalah Khadam DAP dan DAP pula anti Islam

http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-satu-undi-kepada-pan-bermakna-satu-undi-untuk-dap/

KATA PEDANG: Satu undi kepada PAN, bermakna satu undi untuk DAP

SECARA demokrasi, sesiapa yang berkelayakan dan memenuhi syarat dibenarkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, termasuk calon bebas.

Namun, ada juga yang berpandangan adalah lebih baik bagi PAN meletakkan calon mereka di dua kerusi berkenaan, untuk menguji sejauh mana sambutan rakyat terhadap parti serpihan PAS itu.

Bagi mereka, pertembungan tiga penjuru yang mungkin bakal berlaku itu, akan menjadi contoh penilaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Dengan itu, perkiraan boleh dibuat secara lebih mendalam bagi menghadapi situasi demikian.

Bagi Pedang pula, biarlah kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini ditandingi mengikut tradisinya iaitu pertembungan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Hal ini kerana, walau siapa pun yang menang, kerusi itu akan terus kekal di tangan orang Melayu Islam bersesuaian dengan majoriti pengundinya adalah bangsa Melayu.

Mengikut rekod, Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi dengan pecahan kaum Melayu 28,776 (67.18 peratus), Cina 13,142 (30.68 peratus), India 820 (1.91 peratus) dan kaum lain 98 (0.23 peratus).

Kuala Kangsar pula mempunyai lebih 31,871 pengundi dengan pecahan Melayu mewakili 69.18 peratus, Cina 23.62 peratus, India 7.12 peratus dan kaum lain 0.09 peratus.

Meskipun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang kini Timbalan Pengerusi PAN Perak amat yakin partinya mempunyai peluang sehingga 51 peratus untuk mengalahkan calon BN, Pedang tetap tidak bersetuju dengan pencalonan PAN.

Agenda Melayu dan Islam bukan agenda utama PAN dan pakatan itu.

Jikapun PAN mahu memperjuangkan Islam menerusi politik, PAN mesti akan akur dan tunduk jika DAP menentang tindakan Islamisasi oleh PAN.

Ini sudah jelas, tak perlu dibuktikan lagi.

Tambahan pula, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah menegaskan bahawa DAP adalah parti dominan dalam pakatan (tiada) harapan, bukannya PAN atau PKR.

Oleh itu, pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jangan beri ruang langsung kepada PAN jika mereka bertanding pada hari pengundian 18 Jun nanti.

Kata Pedang: Semua sudah maklum, PAN hanyalah ‘hamba’ kepada parti rasis dan cauvinis DAP dalam pakatan (tiada) harapan.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/02/kata-pedang-salah-sendiri-mikrofon-jadi-mangsa-luah-perasaan/

KATA PEDANG: Salah sendiri, mikrofon jadi ‘mangsa’ luah perasaan

SEBAGAI pemimpin nombor satu dalam parti serpihan PAS, iaitu PAN yang dianggotai bekas pemimpin-pemimpin PAS yang kalah teruk dalam pemilihan parti, Pedang memahami apa yang dirasai oleh Mat Sabu.

Parti rasis dan cauvinis DAP yang menjadi rakan tidur sebantal PAN tidak mempercayai PAN untuk bertanding di kerusi yang diwakilinya. Akhirnya PAN terpaksa mengumumkan akan melawan PAS.

PKR pula secara tak langsung memperlekehkan kemampuan PAN menggantikan tempat PAS dalam pakatan (tiada) harapan bagi mencuri undi Melayu. Natijahnya, Rafizi mengumumkan akan memberi fokus kepada agenda Melayu yang tak pernah dilakukan pada pilihan raya sebelum ini kerana tahu, tanpa PAS mungkin kapal pembangkang tak mampu berlayar ke mana-mana. Bahkan mungkin ‘terlepas’ negeri Selangor.

Itulah masalah yang dihadapi oleh Mat Sabu yang dipendam sekian lama. Tambahan pula, kawan baiknya Anwar Ibrahim sudah tiada harapan untuk bebas sama-sama berjuang menentang UMNO.

Kalau begitu keadaannya, bagaimana Mat Sabu tak geram sehingga sanggup membaling mikrofon? Mujur tak terkena penonton. Sabar Bang Mat, sabar. Jalan ini masih jauh. PRU14 pun belum ada tarikh lagi.

Tengok, betapa teruknya imej dan persepsi yang melekat pada badan PAN menyebabkan rakan sendiri tidak menaruh kepercayaan. Apatah lagi rakyat.

Apa yang Mat Sabu perlu lakukan ketika ini ialah memastikan PAN betul-betul berperanan dalam pakatan sehingga dirasai oleh DAP dan PKR.

Tetapi untuk itu, kikislah imej buruk yang sedia terpalit pada PAN terlebih dahulu.

Pedang bermurah hati menyenaraikan imej dan persepsi buruk PAN sebagai rujukan Mat Sabu dan konco-konconya:

1. Macai DAP
2. Pejuang Syiah
3. Pejuang Islam liberal
4. Tiada agenda Islam dan Melayu
5. Antihudud
6. Tak mampu lawan PAS
7. Tak mampu lawan suara anti-Melayu dan anti-Islam
8. Dapat dana DAP
9. Tiada peranan dalam pakatan (tiada) harapan
10. Memusuhi ulama

Dan ada banyak lagi kalau nak disenaraikan satu persatu. Kalau Mat Sabu berjaya kikis masalah yang ada pada PAN terlebih dahulu, barulah Mat Sabu akan diberi ruang seluas-luasnya dalam pakatan. Jika tidak, mungkin lebih banyak mikrofon jadi ‘mangsa’ luahan perasaan akan datang.

KATA PEDANG: Mat Sabu memang suka kontroversi, taktiknya membaling mikrofon nampaknya berjaya mencuri perhatian umum termasuk Pedang.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/02/kata-pedang-malaysia-aman-tanpa-puak-kiasu-cauvinis/

SIKAP tamak dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan hak orang lain adalah sikap yang tak disukai oleh semua orang.

Itulah maksud perkataan kiasu.

Sikap itu bukan hanya mengganggu ketenteraman komuniti di sekeliling, bahkan juga menyebabkan kekacauan dan huru hara dalam negara.

Inilah barah yang telah meracuni segelintir rakyat di negara berbilang kaum dan agama ini.

Mereka bising dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umat Islam sedangkan mulut mereka tanpa segan silu mencanangkan menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

Khutbah Jumaat, institusi zakat, agensi seperti Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri, mahkamah syariah, perundangan seperti hudud dan lain-lain berkaitan Islam, semuanya ‘dikacau’ atas alasan demokrasi.

Bukan itu sahaja, isu ibadah seperti azan, akidah, tudung dan aurat umat Islam pun mereka masuk campur.

Tak cukup dengan itu, isu melibatkan badan kewangan yang menguruskan dana umat Islam untuk menunaikan haji pun mereka masuk campur.

Mereka bukan tak tahu negara ini negara Islam dan majoriti penduduk negara ini adalah orang Melayu beragama Islam.

Tapi disebabkan sikap kiasu dan cauvinis menebal dalam jiwa mereka, tersemat satu cita-cita jahat yang mahukan Islam berada di bawah daripada kedudukannya hari ini.

Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini aman tanpa video pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Teresa Kok. Ia juga aman tanpa ucapan-ucapan provokasi daripada Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng. Alangkah bahagianya negara ini tanpa pemimpin seperti mereka.

Perkara berkaitan sensitiviti umat Islam sepatutnya tidak disentuh oleh mereka. Biarkan umat Islam berusaha menegakkan syiar agama dalam segenap aspek kehidupan di negara ini. Mereka juga yang selalu ulang sebut Islam agama Rahmatan Lil Alamin.

Banyak lagi aspek yang memerlukan projek Islamisasi yang bakal dilakukan oleh pemimpin umat Islam sama ada dalam kerajaan mahupun NGO Islam. Islamisasi negara adalah hak umat Islam yang dijamin Perlembagaan.

Soal integriti, tidak amanah, salah laku yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin beragama Islam perlu dibezakan dengan status dan kedudukan Islam. Kalau tak suka dengan Najib dan pengikutnya, bangkanglah dengan cara dan saluran yang betul. Bukan dengan menyindir dan menghina dengan mengaitkannya dengan Islam.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-sokong-ketegasan-mufti-amaran-untuk-puak-dap/

KATA PEDANG: Sokong ketegasan mufti, amaran untuk puak DAP

NSTITUSI agama Islam sekali lagi diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kali ini khutbah Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang menjadi sasaran berikutan isi kandungannya yang menjelaskan kebenaran sebagai panduan umat Islam.

Malangnya, ada orang Melayu Islam sendiri yang membuat kenyataan mewakili puak kuffar dalam parti rasis dan cauvinis DAP.

Lihat, beginilah cara orang Melayu dipergunakan oleh parti anti-Islam itu.

Ketegasan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang tidak mahu memohon maaf apatah lagi menarik balik khutbah itu amatlah dihormati.

Pendirian itu disambut pula oleh mufti di negeri lain dan juga Isma sendiri.

Inilah satu sikap yang kita mahu, saling menyokong antara satu sama lain apabila terdapat usaha yang mahu menjejaskan kedudukan Islam dan institusinya di negara ini.

Kepada puak DAP sama ada Melayu atau tidak, berhenti daripada masuk campur urusan agama Islam jika tidak memahaminya dengan jelas.

KATA PEDANG: Kalau berani, ambillah tindakan undang-undang! Saman jangan tak saman!

An Anonymous said...

Oleh kerana PAN tetap berdegil utk bertanding; apa kata PAS tarik diri.. mungkin keputusan PRK itu nanti boleh PAN jadikan sbg alat pengukur baju di badan sendiri!

Anonymous said...

Hihihihi....sape yg amalkan islam....ikut sunnah dgn alquran dia selamat...... tp jk hanya nk kafirkan sesama islam....sdgkan dirinya pon blum tentu sempurna....moga muga allah akan bri petunjuk....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails