Wednesday, June 01, 2016

Bawa Anak Dalam Bakul Naik Basikal. Lambang Kasih Sayang?

Bawa Anak Naik Basikal Guna Bakul
SEMASA ramai yang mengecam lelaki ini kerana membahayakan dua anaknya, ada juga yang memujinya kerana berfikir di luar kotak, dengan menggunakan bakul untuk membawa dua anaknya ketika dia mengayuh basikal.
Video lelaki itu yang dirakamkan di sebuah kawasan luar bandar di China telah menjadi viral.
Rakaman itu menunjukkan lelaki terbabit berjaya mengimbangkan badan dengan baik sedangkan ia bukan tugas yang mudah, apabila menggalas dua kanak-kanak di bahunya.
Namun apa yang membimbangkan ialah ketika dia membelok basikal kerana salah seorang anaknya hampit terjatuh dan keadaan juga agak mengerikan ketika dia bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.
Selepas video itu menjadi viral, netizen telah melahirkan kebimbangan akan keselamatan kanak-kanak terbabit. 
Walaupun bahaya, ia buat begitu kerana kepentinggan anak-anaknya? Itukah lambang kasih sayang? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails