Thursday, June 02, 2016

Naikkan Bendera LGBTQ Di Parlimen. Ini Yang Puak Tu Mahu?

IMG_20160602_123205
OTTAWA, Khamis – Bendera pelangi pertama kali berkibar di perkarangan Parlimen Kanada semalam, sebagai menandakan sokongan kerajaan Persekutuan negara itu terhadap bulan meraikan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) .
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau telah menaikkan bendera tersebut di Parlimen Hill pada majlis sambutan bulan LGBTQ dengan disaksikan oleh ahli Parlimen.
“Ini adalah hari istimewa kepada  negara dan ia adalah sebahagian daripada satu siri pencapaian panjang buat negara selama ini.
“Ia bukan sesuatu yang mudah, dan bukan secara automatik. Ramai yang telah berjuang untuk perkara ini sehingga ia membawa kepada apa yang berlaku hari ini,” kata Trudeau.
Malah katanya, masih banyak yang perlu dilakukan dalam rang undang-undang yang diperkenalkan kerajaan bulan lalu untuk memperkukuhkan hak komuniti transgender.
“Kanada bersatu membela hak LGBTQ. Dan apa yang berlaku hari ini adalah bukti kita benar-benar meraikannya,” katanya.
Katanya lagi, beliau akan membuat lebih banyak sejarah pada bulan itu dengan menjadi Perdana Menteri pertama yang akan menghadiri perarakan bendera pelangi tersebut.- Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pejuang-pejuang LGBT di negara ini sudah mula menunjukkan taring, bahkan ada pula parti politik yang menyokongnya. Makin naik tocang mereka. 
Hanya dengan menyokong parti Islam (bukan hanya parti orang Islam) saja, perkara-perkara begini boleh dicegah dan disekat. Parti yang berkonsepkan 'Al-Amr bil-Ma'ruf wan-Nahiu 'anil-Munkar' ...

14 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Dr Mujahid: Penghalang atau pembela LGBT?

Mujahid Rawa 2
Draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT, sebaliknya, rang undang-undang itu melindungi hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender untuk tidak didiskriminasikan dalam aspek seperti bidang pekerjaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Datuk Dr Mujahid Yusof, sebagaimana dilaporkan oleh portal media liberal Malaysiakini.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada Datuk Dr Mujahid kerana draf rang undang-undang ini tidak mengiktiraf orientasi seks pengamal perlakuan LGBT.

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

Kita sangat berharap agar Datuk Dr Mujahid jangan mudah terpengaruh dengan idea-idea Barat yang jelas bertentangan dengan Islam. LGBT sebagai satu jantina atau LGBT duduk di bawah kategori jantina ialah idea Barat. Ada sebab kenapa idea itu diasaskan dan diperjuangkan. Idea itu ternyata sekali bertentangan dengan Islam. Lalu kenapa Dr Mujahid sebagai seorang Islam malah seorang pejuang Islam sejati mesti menerima idea Barat yang bertentangan dengan Islam? Deen mereka untuk mereka dan deen kita untuk kita. Kita tidak mesti tunduk kepada idea songsang mereka jika benar kita mahu sebarkan Islam sebagai rahmat kepada mereka. Kitalah yang mesti menghalang kesalahan malah kefasadan mereka lalu membentangkan kebenaran Islam kepada mereka jika benar Islam itu rahmat untuk mereka.


Anonymous said...

Ingat hak LBGT Ingat PAN
INGAT PAN INGAT DAP
DAP PULA ANTI ISLAM

Anonymous said...

Tukang2 komen kt atas makin melalut2 cam bangang je..Siapa yg iktiraf lgbt ni? Kalau aku kata puak PAS pun sokong korang marah tak? Memanglah perkara2 negatif yg dibawa puak2 itu kita mmg tak suka punya..jadi jgn lempar fitnah wahai pak2 lebai hijau karat, oi!

Anonymous said...

Hello aku pakai website Isma taooo. Bukan Webaite PAS

Atas sekali pasal Mujahid. Kah lah kah

Anonymous said...

Takkan buat lupa plak. Kat ari tu mujahid dgn g25 kat Penang. Kah kah kah

Anonymous said...

KHALID SAMAD AKHIRNYA SEDAR DIRI???

Wah! Kali ni, kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Komunikasi parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu memang masuk akal dan boleh diterima. Memang cukup logik apa yang dinyatakan.

Kenyataan yang boleh kita terima ialah apabila Si Khalid Samad tu membuat dakwaan, undi dikalangan umat Islam dikawasan Parlimen Sungai Besar tu nanti tidak semuanya akan pergi kepada PAS.

Kalau difikirkan dari satu sudut, memang betul pun. Memang tak semuanya akan pergi kepada PAS semata - mata. Tapi kebanyakkannya akan pergi juga kepada calon Barisan Nasional.

Cuma dalam kenyataan yang sama, Si Khalid Samad tu masih lagi memperlihatkan seolah - olah dia tak sedar diri dan tidak boleh menerima kenyataan bahawa parti KUALI Si Mat Sabu tu takde sambutan.
“Sebab itu, kita letakkan calon supaya beri satu alternatif yang lebih baik dan meyakinkan kepada pengundi kerana kami melihat undi Melayu belum tentu kekal pada BN.
“Kita juga yakin undi Melayu takkan pergi kepada Pas kerana mereka juga seperti BN, sebaliknya undi berkenaan pergi kepada Amanah atau Pakatan Harapan,” katanya.
Mungkin Si Khalid Samad ni dah banyak sangat bercakap menongkat ke langit dan lupa bahawa dia dah terjatuh dalam lobang gaung yang sangat dalam bila dia bertindak menjadi Pengkhianat.

Maka sebab itu Si Khalid Samad tu anggap parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu akan mendapat undian dan sokongan dari kalangan pengundi Melayu dikawasan Parlimen Sungai Besar tu.

Jelas, dari kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad ni membuktikan bahawa dia tidak berpijak dibumi yang nyata. Hakikatnya, parti KUALI Si Mat Sabu tu tak mendapat sambutan.

Sehingga ke hari ini, parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu masih GAGAL untuk mencapai sasaran yang telah dibuat dengan menerima kemasukan ahli seramai 100 ribu orang dalam tempoh tiga bulan.

Dan kebanyakkan ahli dikalangan parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu hanya terdiri dari kalangan mereka yang kecewa dari PAS dan PKR sebab tak diberi peluang untuk jadi pemimpin.

Maka, tak payah la Si Khalid Samad tu sibuk nak mendabik dada dan mendakwa mereka mampu untuk mempengaruhi undi dari kalangan orang Melayu sedangkan hakikatnya semua orang tahu bahawa pemimpin parti KUALI tu hanya sekadar BARUA DAPigs je!!!

Semut Hitam at Khamis, Jun 02, 2016

Anonymous said...

HAJI HADI ,HARON DIN,DAN NIK ADDUH ADALAH WALI SETARAF DENGAN TOK KENALI.....MANUSIA SUCI....AHLI2 PAS MESTI WALLAK SEKIRANYA TIDAK MAHU DI HUMBAN KE DALAM NERAKA.....FAHAM......

lelaki dicermin said...

Pada puak2 pas yg pendek akal..kerajaan BN tandatangan je utk menyertai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bererti malaysia kena iftiraf piagam PBB tu.sbb itu termasuk piagam PBB sex sejenis dan murtad.dlm perlembagaan malaysia ada akta2 itu. Aku rasa siapa yg beragama islam benci kedua2 tu. Pas kalau mengaku parti suci murni.. dakwah dan bg penerangan dua2 isu tu pd rakyat malaysia. Lepas tu 222 kerusi MP dptkan 2/3.. ubah perlembagaan. Ini asyik menyalahkan org fitnah org.. takde keje lain ke.?. Kalau copy page dr blog omakkau.. jgnlah kat blog org lain tunjukkan kebodohan juga..

Anonymous said...

Pas dan umno adalah parti untuk di dunia dan juga parti di akhirat nanti...............

Anonymous said...

HANG TUAH, HANG LEKIR, HANG KASTURI, HANG JEBAT, HANG NADIM,HANG LIKUU, DAN HANG LI POH AKAN BANGKIT DARI KUBUR UNTUK MENGUNDI PARTI PAS DAN UMNO KERANA MEREKA TAHU ORANG ORANG MELAYU HIDUP SUSAH DIZAMAN SEKARANG ...

An Anonymous said...

Tak payah reka citer.. buang masa jer..

An Anonymous said...

Alamak.. takkan serendah ini tahap pemikiran PAN!

An Anonymous said...

Kalau tak suka LGBT janganlah pi pertahankan hak mereka .. biar mereka usaha sendiri utk berlawan dgn arus.. kalau nk dekati mereka kena dakwah kan mereka bukan pertahankan hak mereka!

Anonymous said...

Setuju sesangat,peehal plak nk dpetahankan hak LBGT tuh?hak diaowang adalah hak haktuihh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails