Sunday, May 29, 2016

Umno Dulu Tak Sama Dengan Sekarang, Diberi Ruang Bentang RUU Mahkamah Syariah.

Post Pic
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa Umno menjadi halangan kepada parti itu menegakkan syiar Islam di negara ini.

Beliau berpendapat kenyataan Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu merujuk kepada pentadbiran Umno dahulu, dan bukannya pentadbiran Umno ketika ini.

Jelas Tuan Ibrahim lagi, jika benar perkara itu berlaku, PAS tidak akan mempunyai ruang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen baru-baru ini.

"Dalam konteks sebelum ini pun kita dah banyak kali kemukakan (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah) sejak 1995 lagi, cuma kali ini kita fikir ada ruang yang diberi oleh kerajaan agar kita boleh bentangkan, kalau kerajaan tidak bagi ruang memang tidak boleh bentang. 
"Saya fikir apa yang dia (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dalam konteks halangan sebelum ini," jawab Tuan Ibrahim kepada Antarapos.

Memetik laporan Mingguan Malaysia hari ini, Mohd Amar berkata Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama parti itu kerana menghalang niat PAS untuk mengetengahkan undang-undang Islam selama ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah yang dilakukan oleh PAS selepas kumpulan Erdogan dalam parti Islam itu dibersihkan.

Ditanya mengenai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Rani Osman dinamakan sebagai calon parti itu dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar yang bukan anak tempatan, ujar Tuan Ibrahim prestasi cemerlang ADUN Meru di kawasan itu menjadi faktor utama pemilihan beliau.

"Saya fikir yang penting bukan asal dimana yang penting bagaimana dia beri perkhidmatan kepada pengundi itu yang penting. Bila kita calonkan Dr. Rani sebagai contoh orang boleh menilai tentang prestasi dia di DUN Meru, bagaimana perkhidmatan dia kepada pengundi. 
"Ini sudah jadi satu petunjuk kepada pengundi di Sungai Besar khususnya demikian juga Dr. Najihatussalehah Ahmad di Kuala Kangsar, orang boleh tengok," katanya lagi.

Semalam, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata rekod cemerlang dan perwatakan Dr Rani Osman yang disenangi pengundi pelbagai peringkat di Sungai Besar menyebabkan beliau terpilih.

Dr Rani bakal berdepan dengan ADUN Sungai Panjang Budiman Zohdi yang mewakili BN bagi PRK Sungai Besar. (Antarapos)

3 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah. PAN kena jam. Kalau bangkang theory yg mereka khadam DAP akan terbukti. Kalau terima, DAP akan tujah kepala mereka dgn rocket suci penang mari.

Pendek kata Mat Sabu khalid Smad dll dah rasa macam duduk atas ais

Anonymous said...

KHALID SAMAD MEROYAN BILA RANI MERU JADI CALON!!!

Hehehe!!! Nampak sangat la yang Si Khalid Samad ni mudah sangat 'Touching' bila ada orang yang lebih hebat dari dia. Kalau dulu, dia sering kali dengki dengan Datuk Dr. Hassan Ali JATI.

Masa dengan Datuk Dr. Hassan Ali sebelum ini, Si Khalid Samad ni bukan main lagi sibuk menyerang Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tu dengan dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan.

Malah, Si Khalid Samad ni jugak la yang menyebabkan Datuk Dr. Hassan Ali digugurkan dari menjadi ahli PAS dan seterusnya gugur dari jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor pada ketika itu.

Kali ini, tiba giliran Dr. Abdul Rani Osman pulak jadi sasaran Si Khalid Samad ni apabila ADUN Meru itu menjadi calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar 18 Jun nanti.
Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa bahawa calon yang diturunkan oleh parti Islam Pas, iaitu bekas pesuruhjayanya Dr Abdul Rani Osman dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar hanya layak untuk bertanding dengan Pakatan Harapan sahaja.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata Pas dilihat seperti lebih mahu mencabar Pakatan Harapan jika hendak dibandingkan dengan lawan pembangkang yang sebenar, iaitu Barisan Nasional (BN).

Taktik yang digunakan Pas dilihat lebih cenderung kepada usaha untuk menarik lebih ramai pengundi dari kalangan golongan Cina berbanding dengan masyarakat Melayu...

Terutama di kawasan Sekinchan. Maknanya Pakatan Harapan ni sebenarnya takut pengundi dorang kena kebas dengan Pas la ni.

Bukan itu sahaja, dengan mencalonkan Abdul Rani tindakan tersebut seperti membuka peluang yang luas kepada BN untuk menang dalam pertandingan kerusi Parlimen Sungai Besar tersebut... Ini kerana Abdul Rani bukanlah saingan yang hebat bagi BN.

Sekinchan yang terletak di bawah kawasan parlimen Sungai Besar kini dikuasai DAP... Satu daripada tiga komponen gagasan pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan.
"Kalau PAS serius mahu melawan Umno (dan BN), mereka sepatutnya menurunkan tokoh yang popular di kalangan pengundi Melayu supaya dapat menarik undi masyarakat itu," katanya.
Tambah Khalid, meskipun mereka mempunyai hubungan yang agak baik dengan Abdul Rani, namun katanya, itu tidak akan menjejaskan rentak permainan Politik yang diamalkan oleh PAN.
"Abdul Rani orang yang baik dengan kami (AMANAH) tetapi hakikatnya dia duduk dalam parti PAS yang mempunyai sikap begitu sombong serta angkuh, tidak mesra dengan masyarakat khususnya masyarakat bukan Islam.
"(Kepada) orang yang tak setuju dengan mereka, PAS isytihar sebagai musuh, seperti DAP mereka isytihar sebagai musuh Islam. Ini bukan corak pendekatan yang kami setuju," katanya.
Dalam erti kata lainnya, nampak sangat la yang Si Khalid Samad ni mula kecut buah kerandut bila nak berhadapan dengan PAS. Baru masuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, macam - macam dakwaan diorang lemparkan. Tu belum Pilihan Raya Umum lagi!!

!
Semut Hitam at Ahad, Mei 29, 2016

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails