Thursday, June 02, 2016

Ini, Calon PAN PRK Sungai Besar. Mana Calon PKR/Azmin?

Post Pic
SEKINCHAN: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur sebagai calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Sungai Besar.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi PAN, Mohamad Sabu malam tadi di Dewan Sri Sekinchan,  di sini.

Azhar, 50, yang berasal dari Sungai Besar merupakan seorang bekas guru dan kini menjalankan perniagaan sendiri.

Bapa kepada tiga cahayamata itu adalah anak kepada ahli politik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Shukur Siraj.

Abdul Shukur pernah menjadi Ahli Parlimen Burong Sungai selama dua penggal dan Ahli Parlimen Tanjong Karang selama satu penggal.

Antara yang hadir pada majlis pengumuman itu adalah Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat Umum PAN Ahmad Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ramai tertanya-tanya, mana calon PKR yang mewakili Azmin atau PKR Selangor? (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Dr. Rani calon Pas di S.Besar tapi tidak disetujui oleh golongan lebai/ ularmak. Mana calon Pas dari golongan ularmaklebai serban besar????

Anonymous said...

Harap Pas lawan Amanah habis2an.umno lawan tapi mesra. Pas kuat kerana T.Presiden dah jadi Pendekar Mustar & Ketua Pemuda yg pemalu itu dah jadi Hang Cangkul.

Anonymous said...

Keciwanya aku kerna calon S.Besar bukan Mat Sabu.Kalau Mat Sabu jadi calon aku harap dia baling mikrofon kat muka dr.Rani & pendekar mustar timb. Presiden & Hang Cangkol nik abodoh. Jangan baling mikrofon kat umno kerna dia pembekal dedak kat ularmak.

Anonymous said...

MAT SABU KECUT BUAH KERANDUT, TAKUT NAK BERTADING!!!

Heh! Nampak gayanya, Presiden parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu dah kecut buah kerandut nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar 18 Jun nanti.

Kalau sebelum ini bukan main lagi Si Mat Sabu ni dilaporkan menghentak meja bila Timbalan Presiden PKR mencadangkan agar Pakatan Haprak tu memberi laluan kepada PKR untuk bertanding.

Kita ingatkan Si Mat Sabu ni cukup 'Telur' nak jadi calon. Tapi rupanya dia sedar diri juga. Mungkin dia sendiri boleh menjangkakan keputusan yang bakal diperolehi sekiranya dia bertanding kelak.

Maka sebab dia nak menjaga kemaluan diri dia sendiri, parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu mencalonkan Ketua parti KUALI Si Mat Sabu tu di Sungai Besar sebagai wakil mereka.


Azhar, 50, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar adalah seorang anak tempatan Sungai Besar, merupakan bekas guru mendahului dua orang calon lain yang telah dikemukakan parti itu sebelum ini.

Anonymous said...


Analisis Isu

Sebelum ini seluruh Dunia PAN @ AMANAH @ IKRAM menjaja kononnya 3 nama pilihan mereka ini untuk ambil alih bertanding di Sungai Besar daripada PKR. Mat Sabu, Salahuddin dan Nizar Jamaluddin dijaja. Tapi apabila PAS meletakkan calonnya Dr Rani, Nama-nama besar PAN terus kecut. Atas nasihat seorang yang dipanggil pakar strategi PAN 3 nama berkenaan tidak dibenarkan bertanding demi menjaga maruah parti PAN @ IKRAM. Takut juga Mat Sabu kepada Pendekar Mustar rupanya.

PAN= Chicken

Anonymous said...

Mat sabut dah jd pendekar mustar baling mike.sg besar je .perak dpt pkr gamoknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails