Sunday, May 29, 2016

'Kempen Boikot Produk Israel' Makin Dapat Sokongan Antarabangsa.

boycott

AMSTERDAM: Kerajaan Belanda menolak gesaan Israel untuk menentang kempen memboikot produk Zionis yang semakin mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.
Menteri Luar Belanda, Bert Koenders berkata, tindakan orang ramai menyertai kempen BDS (Boikot, Lupus, Sekat), merupakan hak kebebasan bersuara yang dipraktikkan oleh negara ini.
“Semua kenyataan atau pertemuan berhubung kempen BDS dilindungi oleh Perlembagaan Belanda dan Konvensyen Hak Asasi Manusia di bawah Kesatuan Eropah berhubung hak kebebasan bersuara,” katanya.
Kenyataan Koenders itu mendapat sokongan Duta Belanda ke Israel, Gilles Beschoor Plug yang turut mempertahankan kempen BDS sebagai sah dan dibenarkan di sisi undang-undang negaranya.
“Selagi kerajaan tidak menyatakan kempen itu salah, anda bebas menyertai atau berjuang untuknya,” kata Plug.
Belanda adalah negara kedua Kesatuan Eropah (EU) selepas Sweden yang menyokong rakyatnya menyertai kempen BDS.
Kempen ini adalah susulan penindasan dan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza sejak sekian lama.- Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails