Tuesday, May 31, 2016

Ditangkap Kerana Dedah Aurat Dalam Video Begini. Wajarkah?

Iran

TEHRAN – Pemerintah Iran terpaksa menangkap lapan orang wanita didakwa terlibat dalam penerbitan satu rakaman video muzik yang dianggap sebagai mencolok mata, menurut laporan media tempatan.

Ini kerana kumpulan wanita dalam video tersebut didapati langsung tidak memakai hijab sekali gus mendedahkan aurat tubuh diri mereka untuk bebas disaksikan pula oleh golongan lelaki yang bukan muhrim.
“Lapan orang yang menerbitkan klip video muzik itu disiarkan di saluran televisyen antirevolusi yang terkenal, ditangkap di ibu kota Tehran pada minggu lalu,” kata pendakwa raya Tehran, Abbas Jafarabadi.
Menurut laporan akhbar, kelapan-lapan suspek bakal dikenakan hukuman berat setelah kes mereka dibicarakan oleh panel hakim yang dikhususkan dalam isu pelanggaran adat budaya dan media tempatan.
iran2
Di Iran, wanita ditegah menyanyi tanpa memakai hijab atau bergandingan dengan lelaki dalam mana-mana rancangan televisyen kerana boleh disabitkan sebagai melakukan kesalahan moral dan syariah.
Puluhan saluran televisyen berbahasa Parsi tetapi berpangkalan di luar Iran disiarkan melalui satelit antarabangsa sering menyiarkan program video muzik, siri drama atau filem manakala sedikit sahaja siaran berita.
Dianggarkan hampir 50 peratus daripada 75 juta rakyat Iran menonton pelbagai siaran televisyen asing itu antaranya BBC Persian Service, Euronews Persian Channel dan Voice of America versi bahasa Parsi.
Waima dilarang keras di Iran, terdapat beberapa saluran hiburan yang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat setempat terutama golongan muda dengan mereka pula dapat mengaksesnya secara haram.
Laporan media itu juga menyatakan bahawa penangkapan lapan wanita tersebut susulan penahanan 30 siswazah universiti yang berpesta liar di utara Iran. Mereka dijatuhi hukuman 99 sebatan setiap seorang.
Pada pertengahan Mei lalu, seramai lapan model wanita Iran berjaya ditangkap kerana dianggap menaikmuatkan gambar tidak bermoral mereka menerusi media sosial tempatan. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia patutkah dibuat begini dalam menangani masalah video lucah, 1/2 lucah, video libatkan pelajar, artis berlucah di luar negara dan lain-lain? Sesuaikah dengan ajaran Islam samada sunni atau syiah? 
Mana baik pemerintah Syiah yang mengawal aurat rakyatnya berbanding pemerintah Sunni yang mengabainya?
Lihat sebelum ini..

6 comments:

Anonymous said...

memang kerja pemerinath Ilsam menagwal rakyatnay dari gejala maksiat
memang patut sangat ditangkap
nak tunjuk kurang ajar dan harus diajar agar terpelajar
Islam ada lah sistem hidup untuk pengkiutnya
bukan sekadra puasa solat zakat nikah pi haji hajah
sebab tu puak kapir benci Islam n cuba pengaruh minda aumat
Islam agar benci ajaran Islam
memang cilaka puak kapir jenis ni

Anonymous said...

Yg taknak dari umat islam kat malaysia ni adalah PAN saja. Dalam jiwa PAN yg suci hanyalah DAP

Anonymous said...

Apa masalah kau dengan DAP?
Ada pemimpin DAP menyeleweng dana harta rakyat Pulau Pinang? Sebelum buka mulut cuba pergi siasat dan berhenti dengar fitnah pemimpin politik yang sudah ada ajenda tersirat. Saudara, LIM Kit Siang berjuang dalam politik sejak 60han dan sering dipenjarakan oleh pemimpin UMNO yang menjadi Perdana Menteri dalam sepanjang era Kit Siang berjuang. Allah maha kuasa, hari ini, salah seorang bekas presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri yang satu masa musuh Kit Siang terpaksa berganding bahu dengan Kit Siang mahu jatuhkan presiden dan perdana menteri yang masih berkuasa.
Kenapa? Mereka fitnah Kit Siang dan anak beliau Guan Eng? Lim Guan Eng pernah dipenjarakan oleh bekas presiden/PM ini, kerana melawannya dalam tahun 1980han. Ketika itu bekas presiden/PM ini mahu membela salah seorang pemimpin negeri Melaka dari dituduh dalam Mahkamah diatas kesalahan merogol budak perempuan melayu berumur 15 tahun yang juga anak yatim piatu dibela oleh Nenek tua yang tidak berdaya. Guan Eng bangun menentang kezaliman terhadap budak atau anak yatim ini tapi bekas Presiden/PM melarang pembangkang membela nasib anak yatim itu kerana beliau mahu membela pemimpin seorang pemimpin besar Melaka dari dituduh dalam Mahakamah atas kesalahan roogol. Kes itu juga diletak dibawah OSA. dan Guan Eng dituduh dibawah Akta Hasutan dan dipenjarakan 2 tahu. Hari ini Allah maha kuasa Guan Eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Ketika ini bekas presiden/PM itu sedang bergelut dengan presiden/PM yang berkuasa, Kemana hilang pemimpin besar Melaka itu. Apabila bekas presdien dan PM memerlukannya dia seolah olah bersembunyi? Allah nak buka mata orang politik dan rakyat Malaysia, pemimpin DAP bukan musuh.
Kemana pemimpin PAS waktu itu. Kenapa Hadi tidak bangun melawan untuk anak gadis bawah umur dan yatim piatu itu? Kenapa orang yang selalu digelar kapir juga yang menjadi pembela nasib gadis bawah umur itu. Hari ini Hadi mahu jadi wira kononnya bawa mahu menegakkan hukum Allah sedangkan apa yang berlaku tidak langsung sama seperti yang diwar2warkan dalam berita. Hadi hanya nak bawa usul untuk membincangkan akta 355 yang tiada kaitan dengan Hudud pun. Ini telah dijelaskan oleh PM sendiri kepada pemimpin parti dalam BN. Bukankah semua ini politik membohongi rakyat.
DAP DITUDUH ANTI ISLAM. CUBA SELIDIK FAKTA.
Ada tak DAP salurkan dana untuk perkembangan agama Islam di Pulau Pinang dan jika ada, adakah ianya kurang atau lebih dari Kerajaan BN yang perintah Pulau Pinang selama 50 tahun. Masalah diantara PAKATAN berpunca dari Hadi.
Pertama Hadi tidak pernah mahu hadir sebarang mesyuarat atau perbincangan yang dianjurkan oleh PAKATAN. Wakil PAS yang hadir dalam perbincangan atau mesyuarat PAKATAN tidak pernah mendapat pengiktirafan Hadi maknanya sebarang keputusan yang dicapai secara konsensus tidak diiktiraf oleh Hadi.
Hadi sudah menjadi rakan baik Najib cuma mereka tidak berani istihar PASHADI masuk menjadi anggota dalam gabungan BN sebab sejarah mengajar UMNO bahawa sekirnya ia berlaku orang PAS akan menolak Hadi. Oleh itu, kini sudah terjalin satu hubungan sulit antara pemimpin parti ini khasnya tanpa pengetahuan ahli PAS dan ahli UMNO diperingkat akar umbi.
Untuk menghalalkan kerjasama ini Hadi pun berperang dengan DAP menigkut ajenda UMNO. Segala tuduhan yang d ilemparkan oleh Hadi terhadap DAP adalah berbau dari apa yang sering dikatakan oleh UMNO kepada DAP iaitu Komunis, anti Islam dll.
Sebab itu saya berpendirian jangan percaya pemimpin politik yang menggunakan agama untuk politik mereka. Tak kira tinggi mana atau setebal mana serban atas kepala mereka pasti akan membohongi rakyat demi kwpenntingan MENANTU DAN ANAK BERANAK SENDIRI WALAUPUN IANYA BERCANGGAH KEPENTINGAN PARTI DAN AHLI AKAR UMBI.
SIASAT SEBELUM MEMFITNAH.

Anonymous said...

Anon 8.14 cuma lihat dari satu sudut je ......... asal jgn makan rasuah yg lain semua beres ! Sebijik kapla hotak kapitalis yg hanya pikir masalah ekonomi sahaja. Org macam ni kalau Yahudi dan Kristian datang tabur duit kat rakyat pasti dia kata baik tanpa selidiki tujuan disebaliknya sbb dia mudah tertipu dgn tuan galu tokong yg akan membimbingnya masuk 'syurga'.

Anonymous said...

..pay per view

Anonymous said...

dap dah memg ditubuhkan untuk mengagalkan pemerintahan islam di malaysia segala apa yang dibuat oleh dap ada sebab yang terselindung.tak perlu nak mereka2 cerita kami tahu segalanya dan kami tidak lupa apa yang dilakukan oleh dap. kami tentang umno bn tapi dap sentia bekerjasama dengan bn seperti contoh sekarang dap berpakat dengan konponen bn menentang ruu 355.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails