Tuesday, May 31, 2016

BN Selesai 'hudud': Apa Pendapat Bekas Presiden UMNO, Pak Lah Badawi?

Post Pic
KUALA LUMPUR: Kembali ke meja rundingan dan cari penyelesaian secara konsensus, pesan bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada pucuk pimpinan BN.

“Ya ia sepatutnya begitu (penyelesaian secara konsensus),” katanya selepas program di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang berhubung isu tersebut ketika ditemui pemberita tadi.

Pada 26 Mei lalu, usul Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Marang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi menambah hukuman jenayah syariah dibenarkan dibentang di dalam Dewan Rakyat.

Pengkritik usul Hadi itu mendakwa sekiranya pindaan Akta 355 itu diluluskan ia akan membuka laluan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan.

Penyegeraan pembentangan usul Hadi itu mengundang kecaman daripada MCA, MIC dan Gerakan.

Malah beberapa menteri seperti Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Seri Wee Ka Siong mengancam untuk meletakkan jawatan jika RUU tersebut diluluskan.

Dalam pada itu, Pak Lah berkemungkinan turun berkempen membantu BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Ya saya akan bantu kempen. InsyaAllah, tengoklah,” katanya yang juga merupakan Pengerusi IKIM.

Katanya lagi, BN boleh mengekalkan kemenangan di kedua-dua kawasan Parlimen tersebut sekiranya usaha digandakan.

“Anda perlu bekerja keras. InsyaAllah kita boleh menang,” katanya.

Setakat ini, PAS dan BN telah mengemukakan calon bagi kedua-dua kawasan parlimen tersebut, dan Pakatan Harapan dijangka membuat pengumuman Rabu ini. (Antarapos/IH)

5 comments:

Anonymous said...

Tapi PAN dah ikut cakap Pak Lah sebelum Pak Lah cakap tapi lagi teruk. Apa pun mesti diaminkan oleh DAP. Itu sebab orang panggil PAN khadam

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Islam tetap menjamin dan tidak akan menganggu amalan agama lain. Oleh itu, mengapa perlu risau Malaysia menjadi sebuah negara Islam model?

Anonymous said...

Nama BN tapi MCA perintah, nama PH tapi DAPig perintah

Kita hanya nampak BN yg memerintah negara sekarang namun walau apa pun umno yg kita nampak memerintah tapi urusan2 islam umno serahkan kpd org bukan islam dlm parti komponen BN utk menentukannya.

Sama lah nanti apabila PH (Pakatan Harapan) menang & memerintah maka DAPig yg akan menentukan segala urusan pentadbiran negara sbg Pengarah Urusan nanti. PKR akan menjadi Manager & PAN hanya sbg Asisstant Manager.

PAK MUS said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

AHMAD SANI said...

saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails