Tuesday, May 31, 2016

Ulama-ulama PAS Yang Meminda RUU Itu Lebih Murtad?



BENARKAH berita ini?

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dan menolak Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tidak boleh dituduh sebagai kafir, murtad, munafik dan sesat.


Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin menjelaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak membentangkan hukum syariah sebaliknya hanya memohon keizinan untuk meminda salah satu akta dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun ada tanggapan mengatakan bahawa pindaan tersebut membolehkan pelaksanaan enakmen hudud Kelantan, ia tetap tidak boleh dituduh kafir, murtad, sesat dan munafik.
“Hal ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Menurutnya, sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah, namun enakmen hudud Kelantan itu adalah pindaan dari 1993 kepada 2015.

“Pindaan berlaku pada enakmen kerana ulama-ulama PAS sendiri sedar ia bukan syariah tetapi pandangan-pandangan mereka. Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda,” kata beliau lagi.

Jelasnya, jika ada pihak menganggap mereka yang menolak enakmen itu sebagai seorang yang murtad, sudah pasti ulama-ulama PAS yang meminda RUU itu lebih murtad.

Khamis lalu, RUU yang dibawakan Hadi itu diusulkan supaya dipercepatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Tindakan itu menyebabkan pemimpin parti komponen bukan Islam dalam BN mengugut akan meletak jawatan dalam Kabinet jika usul itu diluluskan Dewan Rakyat pada Oktober nanti.


Antara pemimpin yang membantah adalah Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong. 

Dikatakan jugaGeng PAN @ AMANAH @ IKRAM telah merancang untuk bersama dengan kapir DAP, MCA dan MIC untuk menolak undi RUU Memperkasa Mahkamah Syariah yang akan dibawa oleh Presiden PAS dalam sidang parlimen akan datang. 


Sekarang ada juru-juru cakap mereka akan mempergunakan agama untuk menyatakan hujah tidak salah menolak eknemen itu. Itu adalah kerja jahat yang akan mereka lakukan terhadap umat Islam di Malaysia.

(Sumber TKO)

5 comments:

Anonymous said...

Zaman dulu kita panggil orang2 ni Abdullah bin Ubay

Anonymous said...

Ini ke taraf ulama pkr?? Ini Baru betul guna agama utk mendapat sedikit habuan dari tuanya.. hahaha

Anonymous said...

Zaman sekarang yang suka tuduh orang lain Abdullah bin Ubay adalah golongan ularmak pay perview

yanaam iharunz said...

Sekarang nada perkataan mereka selari dengan ulama Umno pada tahun2 80an. Semakin ramai agamawan yang ghairah menggembirakan sekularis Dap dan mahu melihat Pas ditertawakan, diejek dan kecewa.

PAK MUS said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails