Thursday, June 02, 2016

"Itu (tahaluf siyasi dengan PKR) tidak disebut. Itu belum ada," - S/Usaha Pas,


Muktamar Pas ke-62


KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh soal tahaluf siyasi dengan PKR dalam sesi Amanat Presiden, malam tadi.

"Itu (tahaluf siyasi dengan PKR) tidak disebut. Itu belum ada," katanya ketika ditemui media selepas majlis tersebut tamat.

Katanya, selain mendengar amanat daripada Abdul Hadi, pimpinan juga menjawab beberapa tohmahan yang disuarakan perwakilan.

"Sesetengah itu dia kata muktamar tahun ini tidak dibuka kepada media. Jadi, tadi (semalam) saya telah jelaskan.
"Kita telah keluarkan 198 pas daripada 42 agensi berita dan blog untuk esok. Muktamar kita terbuka kepada awam dan media. Itu penting," katanya.

Sebelum ini, hubungan Pas dengan PKR agak tegang susulan perebutan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar. Sementara Muslimat Pas dalam Muktamarnya petang semalam meluluskan usul tanpa bahas yang menggesa Pas Pusat mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR.

Dalam pada itu, Takiyuddin memberitahu Abdul Hadi ada menyentuh soal isu dalaman parti serta halatuju Pas dari segi budaya politik matang dan sejahtera.
Takiyuddin juga menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai usul yang dikemukan sayap-sayap dalam majlis tersebut.

Sementara Abdul Hadi ketika diminta mengulas tentang perjalanan majlis Amanat Presiden itu enggan memberi sebarang komen. Sebelum berlalu meninggalkan pihak media yang menanti seawal 9 malam, Abdul Hadi hanya sempat berkata, "esok...esok (hari ini)."

Pagi ini, Abdul Hadi akan menyampaikan Ucapan Dasar pada majlis perasmian Muktamar Pas Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa.

Sementara sesi perbahasan akan bermula di sebelah petang sebelum bersambung keesokan harinya dan ditangguhkan pada hari sama. (SH)

7 comments:

Anonymous said...

PAN pula menggunakan pedekatan Tahyul Say-Yes-Sir dgn DAP. Apa cakap DAP adalah benar dan suci di mata PAN

Anonymous said...

KALAU MAT SABU DAH INGATKAN AHLI PARTI JANGAN TUBUH PARTI ISLAM LAIN SUDAH PASTI DIA SENDIRI PUN TIDAK AKAN TUBUH.



Pada 16 September 2014 lalu Mantan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak melabel antara satu sama lain ekoran perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti.

Malah, beliau turut menasihatkan anggota PAS supaya tidak menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.

"Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.

"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.

"Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.

"Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.

Ucapan beliau itu dinyatakan selepas ura-ura penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh ahli PAS disebut-sebut bakal menjadi parti politik dan desas-desus itu telahpun dinafikan oleh kepimpinan NGO itu

GUA punya komen kat bawah


Tapi Mungkin Mat Sabu betul, sebab dia buat parti khadam DAP bukannya parti islam. Dan DAP pula anti Islam

Anonymous said...

Ingat PAN Ingat DAP

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Pasngok tak ada hala tuju.prediden
cakap tak serupa bikin.maki hamun
jadi mainan bibir.mati mati nsk jadi
penasihat walau tak dilantik.

Anonymous said...

Dulu pejuang sekarang khadam. Itulah PAN yg fanatic dgn kaedah Tahyul Say-Yes-Sir dgn DAP. Sebelum DAP bersuara, PAN sudah mengaum. KAH KAH KAH

Tak percaya? Tengok mamat PAN Shah Alam yg kaki bluetooth dgn kaki troll tu sudahlah.

Anonymous said...

Minta rejim Penang tukar nama bukit bendera dgn nama Jabal Khadam untuk memperingati PAN suka mengkhadamkan diri.

Di puncak Jabal Khadam pula wajar diletakkan mikrofon batu saiz rumah untuk memperingati peristiwa King Khadam melempar mikrofon atas pentas.

Anonymous said...

Tak kemananya perjuangan islam kalau ingin menunduk kpd org kafir.kita bertahaluf bukan jd khadam.tahap pan itu sudah tak boleh diguna pakai.islam sebenar apa kalau terpaksa duduk sembunyi bawah ketiak dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails