Saturday, June 04, 2016

Ada Geng Penjenayah Pedofilia M'sia Pula, Baru & Diburu..

GANGGUAN seksual ke atas kanak-kanak merupakan satu jenayah berat yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan jika mencabul atau Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kes rogol.

CYBERJAYA – Jijik dan mengejutkan!

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan mengenai perbuatan sekumpulan individu di negara ini yang boleh dianggap ‘sakit otak’ apabila dilaporkan mewujudkan sebuah komuniti pedofilia alam maya menerusi aplikasi Tele­gram.CYBERJAYA – Jijik dan mengejutkan!
Komuniti yang didakwa mempunyai seramai 751 orang ahli itu dilaporkan memuat naik pelbagai versi foto kanak-kanak terutamanya dalam keadaan mendedahkan tubuh dan berbincang panjang dengan perbualan-perbualan jelik serta lucah.
Lebih mengejutkan, pendedahan tersebut hanya selang sehari selepas rakyat negara ini digemparkan dengan kes seorang lelaki Britain, Richard Huckle yang mengaku di atas 71 pertuduhan mencabul dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak termasuk 23 kes di Malaysia.
Suruhanjaya Ko­munikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam reaksi segeranya semalam menegaskan, pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial berhubung dakwaan wujudnya komuniti pedofilia tempatan menerusi aplikasi Telegram.
Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datin Mai Zairani Zainal Abidin berkata, melalui jawatankuasa itu, SKMM bersama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia akan me­lakukan siasatan menyeluruh berkenaan isu itu.
“Kita menyedari mengenai kes yang diviralkan itu dan walaupun masih tiada aduan rasmi dibuat, Jawatankuasa Khas ini telah pun memulakan siasatan me­ngenainya.
“Kita tahu bahawa aplikasi Telegram hanyalah platform yang digunakan kumpulan itu untuk berkomunikasi dan berkongsi bahan berkenaan, namun jenayah juga dilakukan secara luar talian ketika berada di luar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo!)
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails