Wednesday, June 01, 2016

Trend Bahaya: Nyanyi Di SMULE Sambil Main Seks..

MENYANYI secara online menggunakan aplikasi  SMULE kini menjadi trend dan kegilaan ramai di seluruh dunia termasuk artis terkenal.
Menerusi aplikasi ini, bukan sahaja vokal dipertaruhkan tetapi bermacam-macam gaya persembahan dilihat bagi menarik perhatian orang ramai.
Bagaimanapun, persembahan yang dilakukan oleh seorang wanita ini benar-benar mengejutkan ramai sekali gus menimbulkam rasa jelik.
Apa tidaknya, wanita ini tanpa segan silu merakam aksinya sedang melakukan seks sambil menyanyi lagu ‘Banyuwangi’ di aplikasi SMULE.
Perbuatan tidak senonoh wanita  yang dikenali sebagai Igor Agatha Sebastian bersama pasangannya ini telah menimbulkan kemarahan warga Bayuwangi kerana dianggap menghina dan tidak menghormati lagu Banyuwangi, Indonesia.
Malah, seorang netizen yang bernama Krishna Adi dalam akaun Facebooknya bertindak menawarkan hadiah berjumlah RP 1 juta, Indonesia (RM302) sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai wanita itu.
Selain itu, netizen ini turut mengecam tindakan wanita itu dan menganggap ianya keterlaluan dan perbuatan mendedahkan kepada umum itu sungguh biadap.
Lebih meloyakan, dalam video berdurasi 4.17 saat itu, Igor turut memperlihatkan reaksi wajahnya yang seakan-akan ‘stim’ sambil menyanyi.
Walaupun tidak dilihat dengan jelas aksi seksnya, namun kepala seorang lelaki sedang menindih badannya turut kelihatan dalam video tersebut. (IH)
162543pth661mbhqw27i6d



4 comments:

Anonymous said...

Ingat PAN, Ingat Mujahid, Ingat G25, Ingat G25 Ingat Sekularisme

SEKULARISME DAN ISLAM MODERATE MEMENTINGKAN HAK PERIBADI

G25 termasuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa (Naib Presiden PAN), telah sama-sama menyokong usaha untuk menghormati hak peribadi sehinggakan tidak boleh untuk mengambil tindakan terhadap pesalah khalwat. Saya tidak faham apa yang mereka mahukan kerana sekira tengok dalam realiti undang2 hari ini pun, terdapat seperti mana menceroboh hak peribadi tetapi sebenarnya ia ingin menjaga kepentingan umum.

Sebagai contoh, pegawai kastam / imegresen memeriksa beg yang dibawa oleh mana-mana orang yang melintasi kawasan sempadan dan juga airport sekiranya mereka mendapati keraguan yang munasabah seperti membawa beberapa beg yang besar, pulang dari negara tertentu.

Kita pun tertanya-tanya juga, kenapa mereka menentang hukum khalwat tetapi tidak pula menentang ceroboh hak peribadi oleh kastam. Apakah mereka allergik dengan sebarang peraturan dan undang-undang yang berteraskan Islam? tetapi kalau dikaitkan dengan menjaga keselamatan dan ketenteraman mereka boleh terima. Kenapa G25 dan Dr. Mujahid double standard dalam perkara ini.

Menguatkuasakan peraturan atas nama agama dianggap salah atau diberikan amaran itu dan ini. Kita tidak nafikan ada penguatkuasa yang membuat salah laku, tetapi itu tidak dijelaskan dalam penulisan Dr. Mujahid dan saya yakin dengan SOP yang jelas, salah laku akan lebih terkawal. Tetapi bukan isu SOP yang dibangkitkan, barangkali G25 dan Dr. Mujahid mahu menyederhanakan ajaran Islam kununnya untuk tidak menceroboh hak peribadi.

Dosa khalwat ini akan membawa kepada zina dan implikasi dari zina adalah amatlah besar. Kita tidak boleh memandangnya sebagai dosa peribadi yang biasa2 sahaja.

G25 yang sekular dan Dr. Mujahid yang mungkin menerima konsep Islam Moderate (sederhana) bukan sahaja menghilangkan konsep amar makruf dan nahi mungkar, tetapi juga menghalang usaha dakwah yang menjadi teras kepada Islam.

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulama PAS Selangor.
Jumaat 18 Disember 2015

Anonymous said...

Kalau undang2 Khalwat pun ada PHD holder dari PAN boleh putar alam, Hangpa tanya dia pasal main waktu smule. Apa lagi dia nak putar alam. minta sidang media beliau dgn G25

Woiiii Mangkuk hayun, kao jaga Parit Buntar tu. Menyebok pasal G25, orang Titi Serong, Parit Haji Wahab tu mangkok hayon PHD holder ni dah melawat ka?

Anonymous said...

Jika Mike Sabu ada jantina, Mike Sabu wajar mengherdik PHD holder asal Penang Tumpang Parit Buntar ini kerana merosakkan nama PAN

Anonymous said...

Sebagi seorang ahli parlimen Parit Buntar, Mr Mujahid wajar akur kepada apa yg timbalan mufti cakap dan meminta maaf keapda rakyat Islam Perak khususnya

Orang macam ni nak tolong Islam dan orang melayu, silap la.

http://www.ismaweb.net/2015/12/usaha-g25-buat-pelaku-maksiat-gembira-timbalan-mufti-perak/

Usaha G25 buat pelaku maksiat gembira: Timbalan Mufti Perak

BANGI, Rabu – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata usaha kumpulan penjawat awam G25 yang mahu memansuhkan hukuman khalwat dan pindaan undang-undang syariah telah menggembirakan golongan manusia yang tidak gembira hidup beragama.

Menyifatkan tindakan G25 sebagai menyokong kepada kemaksiatan, katanya apa yang dicadangkan kumpulan itu bakal melaksanakan cita – cita buruk mereka untuk menghancurkan Islam.

“Masyarakat sepatutnya dibantu untuk menyempurnakan hidup beragama bukannya memberi ruang untuk melunaskan cita – cita maksiatnya.

“G25 yang kononnya mengaku sebagai profesional ini seharusnya menyarankan kepada kerajaan untuk menyesuaikan undang-undang sedia ada dengan syariat Islam sebagai menjunjung keluhuran perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Sebaliknya bukan mengaku cerdik pandai tetapi tidak mengembalikan kecerdikan mereka untuk membantu cara hidup yang dikehendaki oleh Allah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan G25 supaya hukuman khalwat dimansuhkan kerana didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin berkata dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, G25 menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Menyangkal dakwaan itu Ustaz Zamri berkata, penguatkuasaan undang-undang khalwat di negara ini selaras dengan hadith Nabi SAW yang mewajibkan kita menghalang kemungkaran samada dengan tangan (kuasa), lidah mahupun dengan hati kerana tindakan mengetuk atau menyerbu tempat tertentu adalah berdasarkan aduan.

“Ini kerana aduan sentiasa dibuat oleh orang yang mengenali pelaku kesalahan samada suami, isteri, saudara mara mahupun masyarakat setempat.

“Manakala operasi penyerbuan berdasarkan standard of procedure (SOP) dan mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri.

“Yang penting, pihak pemerintah masih ada wewenang terhadap dosa peribadi yang dilakukan jika ia akan membawa natijah yang tidak baik kepada masyarakat,” katanya.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Ipoh berkata, walaupun sesuatu hukuman bagi dosa itu tidak tertulis di dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah secara khusus, pemimpin Islam berhak melaksanakan hukuman (hukuman ta’zir) selepas mengambil kira kemaslahatan umum bagi sesebuah negara dan masyarakat.

“Sejarah Islam sendiri telah memaparkan kepada kita tindakan khulafa’ dan pemimpin umat Islam yang sangat mengambil berat membendung kemaksiatan dan kemungkaran daripada berlaku dalam masyarakat kerana dia mengundang kemurkaan Allah.

“Seharusnya G25 mengkaji lagi kisah-kisah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang telah melaksanakan hukuman ke atas orang yang telah melakukan dosa peribadi,” katanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails