Sunday, May 29, 2016

Lagi, Ini, GRO Dicekup Di Ladang Sawit Sg Buaya. Tahniah Polis.

 Kesemua GRO yang ditahan dihantar ke IPD Kuala Langat untuk siasatan lanjut.
KUALA LANGAT – Taktik licik pemilik restoran di Jalan Sungai Buaya, Kampung Sungai Jarum di sini yang menjadikan premis itu sebagai pusat hiburan sejak enam bulan lalu terbongkar apabila diserbu Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, seramai 30 gadis pelayan pelanggan (GRO) seksi bersama tiga penjaga premis ditahan di premis yang tidak mempunyai lesen itu.
Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 58 tahun.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga penjaga premis iaitu dua wanita warga Indonesia bersama seorang wanita warga China. Seramai 30 GRO yang ditahan pula terdiri daripada 29 warga China dan seorang Fi­lipina.
“Selain menahan 33 wanita, kita turut merampas beberapa peralatan hiburan serta wang tunai RM2,550. Semua barang rampasan dan wanita itu kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. (koSMO!)
Tahniah polis.
GRO warga Vietnam (dua dari kiri) melihat kesan luka akibat terkena duri sawit ketika cuba lari daripada ditahan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails