ANKARA – Turki menyatakan semalam bahawa jet-jet pejuang Rusia mengebom sebuah hospital dan masjid dalam serangan udara besar-besaran di bandar Idlib yang dikuasai pemberontak.
Serangan berdarah itu menyebabkan lebih 60 orang awam maut dan kira-kira 200 lagi cedera.
Kementerian Luar Turki dalam kenyataan menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera berhubung serangan itu yang disifatkan sebagai jenayah terang-terangan oleh Rusia dan rejim Syria.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di London mengesahkan serangan itu. Idlib dikuasai sekutu Al-Qaeda, Barisan Al-Nusra sejak Mac tahun lalu.
Barisan Al-Nusra tidak terlibat dalam gencatan senjata tajaan Rusia dan Amerika Syarikat yang berkuat kuasa pada 27 Februari lalu antara tentera Syria dan kumpulan penentang.
“Serangan udara ke atas Idlib ini adalah yang paling sengit sejak gencatan senjata bermula,” kata ketua kumpulan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman.
Menurutnya, lima kanak-kanak antara mangsa yang terbunuh dalam serangan udara tersebut.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia menafikan pesawatnya telah melancarkan serangan udara di bandar Idlib.
“Tentera Udara Rusia tidak melancarkan sebarang operasi ketenteraan di Idlib, apatah lagi serangan udara,” kata jurucakap kementerian itu, Igor Konashenkov dalam satu kenyataan.
Moscow melancarkan kempen serangan udara bagi menyokong rejim pimpinan Presiden Bashar Al-Assad yang semakin tertekan sejak September 2015.
Rusia dikritik kerana menyerang kumpulan penentang Bashar di samping kumpulan militan seperti Barisan Al-Nusra dan musuhnya, Islamic State.
Lebih 280,000 orang terbunuh di Syria sejak perang saudara tercetus pada 2011. – Agensi
Sebuah jet tempur milik Rusia ditembak jatuh oleh pesawat-pesawat tempur Turki pada Selasa (24/11/2015) setelah terbang di wilayah udara mereka.
No comments:
Post a Comment