Sunday, May 29, 2016

Jangan Hukum Sebelum Fahami Hudud - Tuan Ibrahim

Post Pic

SHAH ALAM: PAS menyifatkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam daripada Barisan Nasional (BN) yang mahu meletakkan jawatan dalam kerajaan, adalah berpunca daripada kegagalan memahami usul Rang Undang-Undang (RUU) hudud itu.

Justeru menurut Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, atas faktor itu PAS meminta usul tersebut ditangguhkan ekoran mahu memberikan ruang dan peluang kepada bukan Islam memahaminya walaupun sukar untuk diterima.

"Sebagaimana yang diucapkan oleh Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) ialah untuk meningkatkan taraf Mahkamah Syariah jadi kalau orang Islam yang tidak bersetuju mungkin faktor utama dia tidak memahami enakmen ini sendiri. Jadi sebab itu PAS bagi ruang sehingga Oktober untuk kita bahas supaya kita yakin enakmen ini boleh diterima," katanya kepada Antarapos.

Sebaliknya Tuan Ibrahim menjelaskan, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tidak ada kena mengena dengan bukan Islam.

Malah ia baru diperingkat awal untuk PAS meminda undang-undang sedia ada bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dan sekaligus meningkatkan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan.

"Bagi saya kalau yang bukan Islam tolak (Rang Undang-undang Hudud) saya tidak pelik sebab dia memang mungkin tidak faham. Tetapi enakmen ini tidak ada kena mengena dengan mereka pun, tiada kena mengena dengan bukan Islam. Cuma kita harap ahli Parlimen Islam tanpa mengira parti politik supaya dia mendokong keputusan itu," jelasnya lagi. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis dilaporkan membentang usul tersebut di Dewan Rakyat.

Ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam hal-hal kesalahan di dalam perkara yang disenaraikan di butiran 1 Senarai Negeri, mengikut jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Bagaimanapun Hadi memohon menangguhkan usul berkenaan bagi memberi peluang ‘masa’ kepada ahli Parlimen untuk meneliti dan memahami enakmen tersebut sebelum membuat keputusan.

Dijadualkan RUU Mahkamah Syariah berkenaan akan dibahaskan Oktober depan.

Tuan Ibrahim turut memberi contoh, hukuman yang digunapakai kini tidak mengikut syarak seperti yang ditetapkan dalam Islam.

"Selama ini kita sebut Mahkamah Syariah tapi undang-undang tidak betul dengan kehendak syarak jadi saya fikir sebagai contoh dalam kes minum arak bagi orang Islam, Mahkamah hanya boleh bagi 6 sebatan tapi hukuman itu tidak menepati hukuman syarak, tidak ada satu dalil pun yang membenarkan 6 sebatan bagi kesalahan minum arak, yang minimanya adalah 40 hingga 80 sebatan, itu pun mesti cara sebatan syarak bukan sebatan yang ada hari ini," katanya.

RUU berkenaan seakan menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri berkata enakmen itu bukan Hudud yang dibawa oleh PAS.

Namun rekasi negatif pul timbul di kalangan pemimpin komponen BN.

Semalam Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengancam akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya rang undang-undang berkenaan diluluskan di Parlimen.

Tidak terkecuali Presiden MIC Datuk S. Subramaniam hari ini, turut mengambil langkah sama sekiranya hudud dilaksanakan. (Antarapos)

5 comments:

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Sebelum nak komen apa-apa jangan lupa kita ada pertemuan di bawah tajuk Mizz Nina sudah berhijrah...

Jangan lupa jawab. Hahahahaa!!!

Dan jangan nak lari macam Presiden!!!!

Cari bukti betul-betul. Jangan gopoh-gopoh. Pukul sebelas saya datang balik.

Yang jahil,

Nobody



Hadi Al-Tahi said...

aikkk...!!! bukan ke selama ni hadi ulamak kepala taik kata DAP jer yang menentang perlaksanaan hukum hudud? maka walaunta2 pencacai pas pun hentam DAP. tapi kenapa mca dan mic pulak yang memprotes sampai letak jawatan pasal hudud? nampaknya hadi ulamak kepala taik seorang yang buta dan walaunta2 pas pula pekak dan tuli. kesian walaunta2 pas kena kencing dengan hadi ulamak sedunia kepala taik!!!!

Anonymous said...

kalau itu olang mau letak jawatan letak la apa mau kesah
mau buat hukum Islam pun kena merayu kat kapir ka dalam negara islam ni
dan marayu kepada amano ka
apa dah jadi ni terok betul la
sepatutnya amano denagn tegas menyokong saudara islamnya pas
nak bersatu macam mana dalam soal ini pun amano berdolak dalik

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Janganlah lari mempondankan diri macam Tuan Presiden PAS!!!!

"Pertemuan" kita di bawah tajuk Mizz Nina sudah berhijrah pun belum habis lagi.

PENAKUT KE???? HAHAHAHHAAAAA!!!!

Saya dah kata, jangan guna laman web ISMA, tu bukan Islamik itu PROPAGANDA POLITIK MURAHAN JUAL AGAMA!!!

SAKIT NANTI!!!

Kalau tak percaya, copy-paste semua artikel ISMA saya "grill" dan "cross-examine"!!!

Islam ni agama Kebenaran. Kalau Encik takut kepada kebenaran macam Abu Lahab dan Abu Jahal, baik Encik masuk Syiah!!!!

Di dalam Syiah Menipu (Taqiyah) tak apa!!!

Hiduplah Encik dalam penipuan dan menipu diri sendiri!!!

Anak-anak cucu-cicit macam mana??? NAk bagi mereka teraniaya pasal Encik menyebarkan fitnah ke???

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails