Friday, April 05, 2013

PRU 13: Aishah Bertanding Parlimen, PAS/PR Hormati Artis.. Syabas!!

SUATU penghomatan PAS kepada artis-artis tanah air, bila bekas Penyanyi Fan Club, Wan Aisyah Wan Ariffin (gambar atas) diisytiharkan bakal bertanding mewakili PAS/Pakatan Rakyat di Parlimen P127Jempol, Negeri Sembilan. Perisytiharan itu telah dibuat oleh Timbalan Presiden PAS sendiri, Hj Mohamad Sabu.
 

Aisyah adalah Lulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand. Walaupun bergelar bekas rrtis, tapi kelulusan akademik yang dimiliki Aisyah adalah bertepatan dengan bidang yang diceburi sekarang.

Sekilas Tentang Bekas Artis Aishah
Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur dan terus naik melalui rakaman lagu.

Ada yang menarik bila menyusuri kisahnya... Aishah ketika itu menggunakan nama Natasa Aminah, takut dimarahi ayahnya kerana menyanyi. Ayahnya seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak mereka. Walau bagaimanapun, apabila rahsia itu terbongkar, nama Aminah terus lenyap dalam senarai penyanyi tanah air. Dia pergi ke New Zealand menyambung pengajian dalam jurusan Sains Politik di Universiti Auckland.
Di New Zealand, Aishah terus mencari peluang menyanyi.

Pada 1986 dia memasuki satu lagi talentime, "Telequest" dan mendapat tempat ketiga di New Zealand. Bintangnya terus bersinar, kejayaan demi kejayaan sehigga akhirnya menerima pengiktirafan Persembahan Vokal (Wanita) Terbaik Dalam Album Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.
Antara anugerah yang diperoehinya sepanjang masa itu iaah..
Namun semuanya itu tinggal kenangan, dengan pengalaman pahit maung yang dilaluinya, dia cuba kembali ke jalan yang diredai Allah SWT. Tiap aktivitinya menuju ke arah itu, dibantu oleh suaminya (gambar atas), sekarang. Al-hamdullah! Lihat antara artikal-artikal mengenai beliau sebelum ini...
Al-hamdulillah, semoga dirahmati Allah SWT. Syabas dan tahniah kepada PAS, juga kepada beliau sendiri!! (IH)

 

2 Comments - Show Original Post Collapse comments

1 – 2 of 2
Blogger khairul azman said...
tahniah ustazah aisyah..ustazah abby n ustaz bob bila lg..
April 5, 2013 at 8:44 AM
Delete
Anonymous Tembakau Jawa said...
Tahniah puan Aishah semoga berjaya mencapai kemenangan tapi harus diingat kawasan parlimen tersebut adalah antara kubu kuat bn-umno, tahun 2008 jempol dan kawasan sekitarnya tidak dapat ditembusi pakatan rakyat sama ada kerusi parlimen mahu pun DUN. Semoga dipermudahkan Allah swt segala urusan.
April 5, 2013 at 9:50 AM
Delete

3 comments:

Unknown said...

tahniah ustazah aisyah..ustazah abby n ustaz bob bila lg..

Tembakau Jawa said...

Tahniah puan Aishah semoga berjaya mencapai kemenangan tapi harus diingat kawasan parlimen tersebut adalah antara kubu kuat bn-umno, tahun 2008 jempol dan kawasan sekitarnya tidak dapat ditembusi pakatan rakyat sama ada kerusi parlimen mahu pun DUN. Semoga dipermudahkan Allah swt segala urusan.

Anonymous said...

etihad-airways reservations
etihad-airways airlines reservations
lufthansa-airlines reservations
etihad-airways reservations
lufthansa airlines reservations
lufthansa airlines reservations
lufthansa airlines reservations
united airlines reservations
spirit airlines reservations
spirit airlines reservations

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails